Selepas Golf, Volkswagen keluarkan Polo, Taigo dan T-Roc Black Edition

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Black Edition 2024
Volkswagen Black Edition 2024
Pada September 2023 Careta melaporkan mengenai Volkswagen Black Edition yang betul-betul hitam di United Kingdom.

Black Edition kembali lagi dan kali ini dibuat untuk lebih banyak model iaitu Polo, Taigo (crossover SUV segmen B), dan T-Roc.

Black Edition diletakkan di atas R-Line dan kesemuanya dilengkapi perkakasan dan hiasan baharu.

Di antaranya rim aloi lebih besar, hiasan hitam, lampu yang dinaik taraf, kerusi depan dengan pemanas dan pengecas telefon tanpa wayar.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Volkswagen Golf Black Edition 2024

 

Ciri-ciri gayaan tidak sama namun kesemuanya berkongsi warna hitam pada bumbung, rel bumbung, perumah cermin sisi, riasan badan dan cermin belakang gelap.

Warna standard untuk Polo, T-Roc dan Taigo ialah Pure White dan Urano Grey pada Golf. Warna lain turut ditawarkan pada pengguna.

Setiap Black Edition mempunyai penambahan harga 500 (RM2,989) pound dan 1,000 (RM5,978) pound namun nilai yang diberi sehingga 3,875 pound (RM23,167).

Polo Black Edition

 

Volkswagen Polo Black Edition 2024

 

Harga Volkswagen Polo terpakai terutama sekali GTI mempesonakan. Polo sekarang ini berada di dalam generasi keenam (Mk6) dan tidak dibawa ke pasaran tempatan.

Jika ada yang meminati Polo GTI, model baharu nampak menarik dan seakan-akan Golf.

Polo Black Edition digerakkan enjin 1.0 TSI berkuasa 115 ps dan dipadan bersama kotak gear automatik DSG.

Kelengkapan standard terdiri daripada rim 17 inci, lampu LED Matrix/EQ.Lights, kerusi depan dengan pemanas dan pengecasan tanpa wayar.

Nilai Black Edition berharga 2,765 pound (RM16,534) dan pelanggan hanya perlu menambah 500 pound (RM2,989) berbanding Polo R-Line.

Taigo Black Edition

 

Volkswagen Taigo Black Edition 2024

 

Taigo mungkin asing buat pengguna tempatan dan model ini berkongsi perkakasan Polo Mk6.

Taigo Black Edition dibekalkan enjin 1.0 TSI berkuasa 115 ps dan selain kotak gear DSG turut ditawarkan pilihan manual.

Model paling berkuasa menggunakan enjin 1.5 TSI dengan 150 ps dan kotak gear DSG.

Saiz rim dinaikkan seinci kepada 18 inci dengan kelengkapan utama sama seperti Polo.

Harga tambahan seperti Polo dan pelanggan dapat menikmati nilai sebanyak 2,675 pound (RM16,002).

T-Roc Black Edition

 

Volkswagen T-Roc Black Edition 2024

 

T-Roc berada di bawah Tiguan dan model yang menarik sekiranya VW mahu menyaingi segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) popular di pasaran tempatan.

T-Roc dikeluarkan sejak 2017 dan terdapat dua varian menarik iaitu cabriolet dua pintu dan T-Roc R dengan kuasa 300 ps dan 400Nm.

Edisi hitam T-Roc menggunakan enjin 1.5 TSI berkuasa 150 ps dengan pilihan kotak gear manual atau DSG.

Kelengkapan utama sama seperti Polo dan Taigo dan pelanggan perlu menambah 1,000 pound (RM5,978) dan dapat menikmati nilai 3,875 pound (RMRM23,167).

Golf Black Edition

 

Volkswagen Golf Black Edition 2024

 

Berbeza daripada Black Edition 2023, model 2024 digerakkan enjin 1.5 TSI berkuasa 150 ps dengan pilihan kotak gear manual.

Kelengkapan utama sama seperti Black Edition lain kecuali penambahan Winter Pack termasuk kerusi depan dengan pemanas.

Pelanggan menambah 1,000 pound (RM5,978) untuk nilai berharga 3,185 pound (RM19,056).

Jika merasakan 150 ps tidak ada apa-apa, VW baru sahaja memperkenalkan Golf R Black Editon dengan kuasa lebih sekali ganda (tempahan si hitam ini belum dibuka di UK).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Volkswagen Black Edition 2024

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Sebagai contoh, berbeza dengan R-Line, Golf Black Edition dipasang rim Bergamo 18 inci warna…