Volkswagen Golf Black Edition, edisi hitam yang betul-betul hitam!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Volkswagen Golf Black Edition 2023
Volkswagen Golf Black Edition 2023
Sudah menjadi kebiasaan untuk sesebuah pengeluar menawarkan model istimewa Black Edition. 

Apa yang menarik ialah, model tersebut tidak semestinya berwarna hitam jadi usah terkejut sekiranya edisi hitam tetapi badan kereta warna putih.

Black Edition merujuk kepada perkakasan berwarna hitam seperti rim, cermin sisi, logo atau sebagainya.

Terbaru di United Kingdom (UK) Volkswagen memperkenalkan Golf Black Edition yang betul-betul hitam.

Golf Black Edition diletakkan di antara Golf R-Line dan GTE dan dilengkapi beberapa kelengkapan istimewa.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Volkswagen Golf Black Edition 2023


Sebagai contoh, berbeza dengan R-Line, Golf Black Edition dipasang rim Bergamo 18 inci warna hitam yang tiada pada mana-mana Golf UK. 

Turut dilengkapi bampar R-Line yang sporti, pek musim sejuk (Winter Pack) dan kamera pandangan belakang.

Pakej Black Style pula terdiri daripada strip bernyala pada jeriji, hendal pintu berlampu, cermin sisi hitam dan lampu besar LED Plus.

Pemandu dan penumpang sisi dipegang kerusi sport dan ditemani lampu suasana dengan 30 pilihan warna.

Satu yang menarik ialah, VW tidak menghadkan pilihan rangkaian kuasa untuk Golf Black Edition.

Pelanggan ditawarkan enjin 1.5 liter TSI yang berkuasa 150 ps dan tork 250Nm dari 1,500 hingga 3,500 rpm.

 

Volkswagen Golf Black Edition 2023

 

Tahukah anda apa yang lebih menarik? Model ini menggunakan transmisi manual enam kelajuan. Iya, model tiga pedal masih wujud.

Satu lagi pilihan ialah 1.5 liter eTSI (mild hybrid) dengan angka kuasa seperti 1.5 TSI dan dipadan bersama transmisi tujuh kelajuan automatik DSG.

Daya pecutan dari 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) memerlukan 8.5 saat dan kelajuan maksimum mencecah 224 km/j dan kombinasi itu seperti model 1.5 TSI.

Model paling berkuasa dan tangkas ialah 2.0 liter TSI yang menghasilkan 190 ps dan tork 320Nm dari 1,500 hingga 4,100 rpm.

Enjin itu dipadan dengan transmisi tujuh kelajuan DSG dan pacuan semua roda 4MOTION yang eksklusif untuk Golf Black Edition.

Dari segi prestasi, 6.7 saat diperlukan untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j dan boleh dipandu sehingga 234 km/j.

 

Volkswagen Golf Black Edition 2023

 

Berikut harga Volkswagen Golf Black Edition:

  • 1.5 TSI - 31,985 pound (RM186,648)
  • 1.5 eTSI - 33,805 pound (RM197,268)
  • 2.0 TSI 4Motion - 36,320 pound (RM211,948)

Penulis: Muhammad Md Tajudin