Selepas 55 tahun Aston Martin DB5 kembali, harga lebih RM14 juta!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kereta ikonik sememangnya mempunyai pemilik dan peminat tegar dan disebabkan itu beberapa pengeluar telah menyambung semula produksi komponen dan alat ganti.

Ini pula sesuatu yang luar biasa apabila Aston Martin menyambung semula pengeluaran model legenda DB5 selepas 55 tahun dihentikan.

Tidak banyak DB5 di atas jalan raya, sepanjang tempoh pengeluaran dari 1963 hingga 1965 kurang daripada 900 unit dikeluarkan. 

Walaupun sudah lebih lima dekad, DB5 tetap kelihatan anggun dan elegan serta mempunyai peminat tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Aston Martin DB5 Continuation

 

Untuk pengeluaran baharu, Aston Martin turut bekerjasama dengan penerbit filem James Bond iaitu EON Productions yang juga bakal dilengkapi pelbagai peranti seperti di dalam filem itu.

Ini sebenarnya program pengeluaran semula selepas model DB4 GT Continuation pada 2017.

Setiap satu unit DB5 Continuation memakan masa 4,500 jam untuk disiapkan dan dibuat di ibu pejabat Heritage Division di Newport Pagnell, Buckinghamshire.

Ia adalah pusat baik pulih Aston Martin terbesar dengan kelengkapan terbaik dan paling berpengetahuan di dunia.

 

Aston Martin DB5 Continuation

 

Mengekalkan keaslian kereta ini, hanya satu warna dikeluarkan iaitu Silver Birch.

Komponen badan kereta turut menggunakan gayaan asal iaitu panel aluminium dengan struktur casis mild steel.

Menggerakkan DB5 Continuation ialah enjin 4.0 liter enam silinder sebaris dengan tiga karburator SU dan penyejuk minyak.

Enjin itu berkuasa 290 bhp dan dipadan bersama transmisi lima kelajuan manual dari ZF bagi memacu roda belakang dan turut dilengkapi limited slip differential jenis mekanikal.

 

Aston Martin DB5 Continuation

 

Turut dilengkapi ialah cakera brek besi jenis Girling dengan servo, stereng rack and pinion tanpa bantuan, bar anti oleng depan, suspensi belakang jenis live axle dan suspensi depan dengan spring dan penyerap hentak.

Penghantaran pertama DB5 Continuation dijadualkan pada setengah tahun kedua 2020 dan hanya 25 unit sahaja dikeluarkan.

Berapakah pula harganya? £2.75 juta termasuk cukai atau bersamaan RM14.74 juta.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Aston Martin DB5 Continuation

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Papan pemuka diubah kepada rekaan linear namun masih mengekalkan konsep yang sama. Paling…
Berita Global
Walaupun perancangan awalnya untuk melancarkan barisan model EV bermula pada tahun hadapan, namun,…
Berita Global
Adrian Hallmark akan menggantikan Amedeo Felisa sebagai CEO dan bakal memulakan khidmatnya selewat-…