Bekas pereka Audi TT, Seat Leon sertai Mitsubishi Eropah

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Mitsubishi baharu sahaja mengumumkan berita penyertaan bekas pereka Audi dan Seat, Jorge Diez bagi mengetuai divisyen rekaan di Eropah. 

Jorge Diez bakal memegang jawatan penting di dalam Mitsubishi Motors Europe Design (MMED) yang berpangkalan di Frankurt, Jerman, dan merangkul jawatan Naib Presiden Mitsubishi Motors R&D Eropah (MRDE). 

MMED yang ditubuhkan pada tahun 2014 itu bergerak seiring dengan studio rekaan Mitsubishi global di Tokyo dan Okazaki bagi membangunkan kedua-dua konsep dan rekaan produksi khusus buat pasaran Eropah. 

Jorge Diez sebelum ini merupakan graduan Royal College of Art di London dan menghabiskan masa selama 18 tahun di Volkswagen. 

 


Beliau pernah mengetuai unit rekaan luaran di Seat (2011-2014) sebelum menjadi ketua Audi Concept Design Munich dan antara hasil karya beliau yang diingati termasuklah Seat Leon, Seat Ibe Concept, Audi A7 Sportsback dan juga Audi TT. 

Dengan penyertaan Jorge Diez ke dalam Mitsubishi, mungkinkah kita akan melihat revolusi rekaan kepada Dynamic Shield yang dipakai oleh Mitsubishi sekarang ini? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berdasarkan kemaskini terbaharu di Instagram Audi Jerman, unit terakhir Audi TT telah pun meluncur…