Selamat tinggal Alonso

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tirai Formula Satu ditutup semalam di Abu Dhabi dengan kemenangan selesa oleh pemandu Petronas Mercedes-Benz, Lewis Hamilton.

Untuk Fernando Alonso pula, beliau menjadikan Abu Dhabi sebagai perlumbaan terakhirnya untuk sukan permotoran paling berprestij itu.

Alonso, juara dua kali Formula Satu, memulakan karier beliau sebagai pemandu ujian untuk Benetton. Beliau kemudian ke Minardi dalam tahun 2001 dan kemudian berhijrah ke Renault dalam tahun 2003 selama tiga tahun.

 

 

Selepas itu beliau ke McLaren dan kemudian kembali ke Renault. Musim hadapannya, beliau mula memandu untuk Ferrari dan mengakhiri karier beliau dengan pasukan McLaren.

Pelbagai kontroversi telah dilalui oleh Alonso, beliau tetap dianggap sebagai antara pemandu terbaik sukan itu dan ia diakui sendiri oleh bekas rakan sepasukannya, Hamilton dan ramai lagi.

Alonso, yang juga gemar mengambil gambar kucingnya, Cleo, dikatakan akan berlumba untuk siri IndyCar di US.

Selamat maju jaya Alonso! 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…