Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun 2025 dengan kontrak berbilang tahun, bagi memastikan dia terus kekal bersaing untuk beberapa tahun akan datang.
Keputusan itu juga mengejutkan kerana perjanjian baharu telah dimeterai tahun lalu untuk mengekalkan Hamilton bersama pasukan Mercedes sehingga tahun 2025.

Hamilton telah berlumba untuk pasukan Mercedes sejak musim 2013 dan telah memenangi enam daripada tujuh gelaran dunia bersama pasukan itu, di mana satu daripadanya diraih di pasukan McLaren pada awal kariernya.
Tentu sekali, keputusan Hamilton dibuat selepas dua musim mencabar untuk pasukan Mercedes, yang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan era terkini F1 dan telah ketinggalan di belakang pasukan Red Bull.
Dengan pengumuman rasmi pasukan Scuderia Ferrari, Lewis Hamilton akan bersama Charles Leclerc yang turut menyambung kontrak untuk beberapa tahun lagi.

Ini juga bermakna Carloz Sainz tanpa kontrak lanjutan terpaksa memberi laluan kepada kehadiran juara tujuh kali F1 tersebut.
Berakhir sebuah era, bermula juga sebuah era baharu.
Pastinya perkara yang mengejutkan buat para peminat, namun pastinya perlumbaan musim 2025 akan menjadi lebih menarik!
Team Statement
— Scuderia Ferrari (@ScuderiaFerrari) February 1, 2024
Scuderia Ferrari is pleased to announce that Lewis Hamilton will be joining the team in 2025, on a multi-year contract. pic.twitter.com/moEMqUgzXH
Sumber: F1