Sekatan, penutupan jalan raya di Klang mulai tengah malam ini

oleh Mohamad Hanif|
Polis Klang Selatan akan mengadakan sekatan dan penutupan jalan raya mulai tengah malam ini, lanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa esok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata sekatan jalan raya akan diadakan di Persiaran Pegaga (berhadapan Restoran Subaidah) dan Jalan Kim Chuan (berhadapan 99 Speedmart) di Bukit Tinggi serta di persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail, Taman Sri Andalas dekat sini.

Bagi penutupan jalan, beliau berkata ia melibatkan Jalan Batu Unjur 9, Bukit Tinggi manakala di kawasan Taman Sri Andalas akan melibatkan jalan masuk berhadapan kedai elektrik Onking Chain-Store (Malaysia) Sdn Bhd (berhadapan Masjid Ar Rahimiah)

"Selain itu, Jalan Sri Siantan, Jalan Sri Siantan 41 dan Jalan Sri Damak 53 ditutup bermula lorong masuk berhadapan Kedai Motosikal Wisfatt sekitar kawasan Taman Sri Andalas," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar memaklumkan orang ramai yang ingin keluar dan masuk ke kawasan Bukit Tinggi (Taman Bayu Perdana, Flat Sri Angkasa, Apartment Vista Bayu dan Bayu Villa) dan Taman Sri Andalas dinasihat untuk mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

 

lampiran daripada Pejabat MB Selangor


Balai polis bergerak akan disediakan di dua lokasi itu.

 

"Buat masa ini, tiada keperluan surat kebenaran atau permit khas bagi tujuan keluar atau masuk ke kawasan lain di daerah Klang setakat ini namun ia tertakluk kepada perubahan semasa.

"Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi PKPB dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard PKPB.

Shamsul Amar berkata masyarakat boleh menghubungi Bilik Gerakan Op COVID-19 di talian 03-3376 2400 untuk sebarang pertanyaan atau aduan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.…
Berita Domestik
"Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita…
Berita Domestik
"Sekatan jalan raya itu dijalankan sepasukan anggota dari Balai Polis Bukit Jelutong bermula jam 10…