Hydrotreated vegetable oil (HVO)
HVO adalah sejenis minyak lestari yang membolehkan kadar CO2 diturunkan di antara 70 hingga peratus berbanding diesel dari fosil.
Satu lagi kelebihan HVO ialah kadar setana (cetane) atau nyalaan lebih tinggi yang menyumbang kepada pembakaran atau kebuk lebih cekap dan cepat berbanding diesel konvensional.
Bahan buangan atau sisa seperti minyak masak dari industri pemakanan dan pertanian digunakan bagi menghasilkan HVO.
Melalui proses penghidrogenan, minyak tersebut ditukar kepada hidrokarbon alifatik (aliphatic hydrocarbons).
Proses tersebut mengubahsuai kandungan minyak sayuran agar sesuai untuk digunakan di dalam enjin diesel.
Minyak itu boleh ditambah kepada diesel konvensional bagi menggantikan komponen fosil atau digunakan tanpa campuran sebagai 100 peratus bahan bakar.
Enjin diesel V6
Model Audi bernadikan enjin diesel V6 dengan output dan sehingga 286 PS yang dikeluarkan bermula pertengahan Februari boleh diisi minyak HVO mengikut standard Eropah EN 15940.
Model tersebut merangkumi siri A4, A5, A6, A7, A8, Q7 dan Q8. Audi Q5 menyusul pada awal Mac dan diikuti A6 allroad.
Selain itu, penggunaan HVO untuk enjin diesel empat silinder telah pun diluluskan di Eropah merangkumi model A3, Q2 dan Q3 yang dikeluarkan sejak Jun 2021.
Model dengan enjin R4 TDI pada A4, A5, A6, A7 dan Q5 digunakan sejak pertengahan tahun 2021 di Sweden, Denmark dan Itali yang mempunyai permintaan baik di sana.
Audi mengutamakan varian enjin paling popular bagi memaksimumkan jumlah pelanggan untuk menggunakan bahan bakar boleh baharu.
600 stesen di Eropah
Seperkara tentang sumber atau bahan sebegini ialah infrastruktur. Di Eropah ada lebih 600 stesen yang menawarkan diesel HVO dengan kebanyakannya terletak di Scandinavia.
Di sana peraturan tentang alam sekitar lebih ketat.
Di Jerman lain pula ceritanya. Setakat ini tidak banyak stesen menawarkan HVO namun trend sudah menuju ke arah itu.
Puncanya adalah standard bahan bakar EN 15940 belum lagi dimasukkan di dalam peraturan kualiti bahan bakar Jerman.
Penulis: Muhammad Md Tajudin