Sejarah nama Ford Mustang - bukan dari kuda!

oleh HEZERI SAMSURI|
Nama Ford Mustang adalah antara jenama paling ikonik di dalam sejarah automobil dunia. Nama itu kekal dari hari pertama ia diperkenalkan, dan ia datang dengan logo kuda berlari.

Masalahnya, nama Mustang itu bukan berasal dari kuda.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sejarah Ford, projek Mustang ini bermula empat tahun sebelum model pertama Mustang diperkenalkan dalam tahun 1964.

Pada masa itu, Ford sudah kebuntuan idea kerana projek sebelum itu, Ford Edsel yang dikatakan bakal berjaya, kecundang di persada penjualan kereta US.

Oleh itu, sebuah komiti ditubuhkan dalam tahun 1960 untuk memikirkan idea-idea baharu untuk produk akan datang syarikat Blue Oval itu.

 

Setahun selepas bermuzakarah, mereka bersetuju bahawa model baharu Ford bukanlah satu pembaikan dari model sedia ada, tetapi sebuah model baharu yang sudah lengkap dengan segala ciri-ciri sporti yang didambakan oleh pembeli di US, dengan harga mampu milik.

Inspirasi sebenar Mustang sebenarnya bukan dari kuda liar Mustang yang memang popular di dalam cerita-cerita koboi John Wayne. 

Ada beberapa nama yang telah dicadangkan pada peringkat awal Mustang direka. Malah semasa projek itu dimulakan, nama kod Cougar sering digunakan, termasuk logo Cougar (sejenis harimau di US).

Beberapa eksekutif tinggi Ford juga memberikan cadangan nama-nama lain, termasuk Allegro, Aventura, Thunderbird dan Torino.

 

 

 

Nama Mustang mula digunakan oleh perekabentuk Ford sendiri, John Najjar. Najjar sangat berminat dengan kapal terbang pejuang Perang Dunia Kedua, terutama P-51 Mustang.

Kapal terbang itu dikenali sebagai kapal terbang pejuang terbaik Amerika dalam perang dunia tersebut.

Nama Mustang dipilih kerana kapal terbang P-51 Mustang dianggap sebagai sebuah ikon negara Amerika Syarikat - satu nama yang membayangkan semangat patriotik US dan membantu negara Uncle Sam itu sebagai salah satu kuasa dunia.

Namun begitu, cadangan Najjar masih tidak begitu kukuh kerana boss-boss di Ford masih gemarkan binatang. Cadangan Najjar ditolak kerana ramai masih berfikir Cougar adalah nama yang lebih sesuai.

Najjar tidak putus asa. Ia menghasilkan logo Mustang dengan menggunakan kuda berlari, dan mengaitkan Mustang dengan kuda liar di negara itu.

 

 

Nama Mustang mula diterima tetapi masih ada yang menolak. Beberapa mesyuarat dilakukan dan akhirnya, nama Mustang dipilih kerana ia melambangkan keseronokan di kawasan luas dan membayangkan ciri-ciri Amerika tulen (koboi).

Sebenarnya, ada satu lagi teori di mana nama Mustang itu adalah sempena kejayaan pasukan "football" South Methodist University (SMU) yang digelar Mustang.

Teori ini juga kukuh kerana logo kuda Mustang mirip seperti logo kuda untuk pasukan SMU.

Apapun, Mustang kekal sebagai salah satu ikon dunia permotoran. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…