Sedutan trailer terbaharu F9 papar aksi stunt sebenar Toyota GT86

oleh Mohamad Hanif|
Toyota UK baru-baru ini menyambut penjualan unit terakhir GT86 dengan menerbitkan sebuah video penghargaan yang cukup ringkas kerana berjaya menjual kira-kira 7,500 unit selama tempoh sembilan tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama menerbitkan sebuah lagi video teaser filem F9 bersempena dengan acara Super Bowl LVI.

Video tersebut dimulakan dengan kelibat sebuah Nissan Skyline GT-R R34 memasuki halaman rumah bernombor 1327 (rumah Dom la siapa lagi), selain memaparkan watak utama Tokyo Drift, Han yang kembali 'hidup', serta aksi kejar mengejar di dalam ladang kelapa sawit.

 


Pada minit 0:22, ia memaparkan aksi stunt sebuah Toyota GT86 yang diterbalikkan secara sengaja menembusi sebuah kedai sebelum 'mendarat' di belakang sebuah lori.

Ia bukanlah rekaan atau CGI seperti yang disangka-sangka, akan tetapi aksi sebenar (efek praktikal) seperti yang diciap oleh pengarah filem itu sendiri, Justin Lin.

 


Menurut Justin, aksi selama empat saat ini memakan masa selama lapan bulan untuk melakukan persediaan, empat hari produksi dan tiga buah kenderaan sebenar dimusnahkan untuk babak tersebut.

Filem kesembilan Fast & Furious itu bakal ditayangkan secara rasmi pada 28 Mei 2021 di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Memetik daripada laman Twitter rasmi Fast and Furious 9, mereka telah mengumumkan penangguhan…