COVID-19 - Tayangan filem F9 ditangguhkan ke tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Bukan setakat aktiviti sukan permotoran yang terkesan, kebimbangan penularan wabak virus COVID-19 ini juga turut memberikan impak kepada tayangan beberapa filem besar dunia.

Memetik daripada laman Twitter rasmi Fast and Furious 9, mereka telah mengumumkan penangguhan sementara tayangan filem F9 ke satu tarikh baru, iaitu 2 April 2021 daripada tarikh asal 22 Mei 2020. 

Berdasarkan trailer yang telah dipertontonkan sebelum ini, installment baharu filem Fast ini bakal meneruskan tradisi sekumpulan 'ahli keluarga' yang berjuang melawan konspirasi global, selain tidak melupakan aksi-aksi yang melawan hukum alam ke satu tahap yang sukar untuk dipercayai.

Ia juga bakal menampilkan muka baharu seperti John Cena (adik kepada watak Dominic Toretto), serta kejutan kemunculan semula watak Han yang 'telah mati' pada filem Tokyo Drift sebelum ini. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Department of Justice, individu bernama Ryan Sheridan yang memiliki Braking Point Recovery…
Berita Global
Kereta yang digunakan khusus untuk aksi pemanduan berani mati ini diberitakan telah pun muncul di…
Gaya Hidup
Lihat sahaja watak Iron Man/Tony Stark yang dilihat 'setia' memandu kereta-kereta Audi di dalam…