Sebabkan ibu maut - Rakyat Malaysia didenda RM30k dan diharamkan memandu selama 5 tahun

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Mahkamah Singapura semalam menjatuhkan hukuman dednda S$10,000 (RM30,350) dan dilucutkan lesen memandu untuk semua kelas kenderaan selama lima tahun selepas beliau mengaku bersalah cuai memandu dan mengakibatkan kematian kepada ibunya yang berusia 70 tahun.

Peh Boon Wee, 48, rakyat Malaysia juga mengaku menyebabkan kecederaan kepada ayahnya, Peh An Leng, 74 tahun dan anak saudaranya yang berusia 13 tahun akibat kemalangan tersebut.

Kesemuanya adalah rakyat Malaysia.

Hasil siasatan membuktikan Boon Wee telah memandu dari Malaysia sejak jam 5.00 pagi selepas tidur selama enam jam.

Pendakwaraya Deborah Lee memberitahu mahkamah bahawa Boon Wee berhenti untuk sarapan pada jam 9.30 pagi dan memulakan perjalannya kembali 45 minit selepas itu.

Kemudian Boon Wee berhenti tiga kali lagi untuk ke tandas. Ibunya, Jenny Goh Siew Hong duduk di belakang bersama anak saudaranya tanpa memakai tali pinggang keledar.

Rakaman video menunjukan Boon Wee sedang memandu di laluan paling kanan di Ayer Rajah Expressway menghala ke Marina Coastal Expressway pada jam 1 petang bila beliau menutupkan mata "untuk sementara" kerana mengantuk.

Kereta Boon Wee terus menyasar menyeberang laluan kedua dan ketiga sebelum menghentam belakang sebuah bas SBS di lorong keempat.

Ibu Boon Wee meninggal dunia kerana kecederaan tulang belakang yang teruk. 

Boon Wee sebenarnya boleh dikenakan hukuman lebih teruk. Di Singapura, kecuaian pemanduan sehingga menyebabkan kemalangan maut boleh dihukum penjara tidak lebih dari dua tahun dan didenda.

* Berita asal dari The Star

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia termasuklah dari apa yang kita lakukan di atas jalan raya, di mana kita perlu berkongsi antara…
Berita Global
Kamera lampu merah yang ditempatkan di simpang jalan raya terpilih akan digunakan untuk mengesan…
Informasi
  Dalam satu kenyataan, ICA berkata pengembara juga memerlukan pasport mereka untuk pengesahan…