Sarawak uji CCTV AI di lampu isyarat, mampu rakam kesalahan trafik

oleh Mohamad Hanif|
sumber: Utusan Borneo
Sistem kamera litar tertutup dengan kecerdasan buatan (CCTV AI) kini mula dipasang di persimpangan lampu isyarat Jalan Pujut Miri, berhampiran Bintang Megamall.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Ia bertujuan untuk merakan kesalahan trafik dengan lebih teliti, seperti yang dijelaskan oleh Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin.

"Pemasangan CCTV AI ini mampu merakam pergerakan had laju, nombor pendaftaran kenderaan, kesalahan dilakukan termasuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

 


"Semua data ini akan diserahkan kepada Polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk tindakan undang-undang kerana kita mahu pemandu mematuhi peraturan jalan raya," katanya semasa melancarkan CCTV AI pada 4 Julai lalu.

Data tersebut akan digunakan untuk kajian serta tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Beliau yang juga ADUN Senadin mengakui jalan berkenaan kerap berlaku kemalangan kerana kecuaian pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat.

Sumber: Utusan Borneo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pelanggaran sekitar jam 8.16 pagi tersebut menyebabkan penunggang motosikal yang dilanggar kereta…
Berita Domestik
Menurut laporan Astro Awani, tiga suspek tersebut ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth…
Berita Domestik
Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur meminta individu terbabit serta pemandu kereta…