Polis buru lelaki mengamuk bersenjata batu bata

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Polis sedang mencari individu yang dipercayai mengamuk dan memecahkan cermin kereta menggunakan batu bata di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Kepong baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan di Facebook, Polis Kuala Lumpur meminta individu terbabit serta pemandu kereta yang merakamkan kejadian diminta tampil ke balai polis berdekatan.

“Tindakan memanggil kedua-dua individu adalah untuk memastikan siasatan secara terperinci dapat dijalankan.

“Tempat kejadian dipercayai berlaku di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, 52100, Kepong, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Kepong di talian 03-62742312, atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul di talian 03-40482222.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, pihak polis berjaya menahan suspek di hutan berdekatan lokasi kejadian kira-kira jam…
Berita Global
  Media tempatan melaporkan, lelaki itu ditembak selepas mengamuk apabila diarahkan memakai topeng…
Berita Domestik
Ketiga-tiga pemandu terbabit ditahan dibawah Sek. 42 (1) APJ 1987 bagi membantu sisatan. …