Sarawak lulus peruntukan RM247 juta pendekkan jarak perjalanan Betong-Pakan

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Bernama
Kerajaan Negeri Sarawak telah memperuntuk RM247 juta untuk pembinaan jalan penghubung baharu iaitu Ulu Paku/Jalan Ulu Kota di Spaoh yang akan memendekkan jarak perjalanan di antara Betong dan Pakan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembinaan jalan sepanjang 20 kilometer itu yang akan memiliki jalan susur dari Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap pada Januari 2027.

"Menggunakan jalan ini akan memendekkan jarak perjalanan kira-kira 50 kilometer di lebuh raya antara pekan Betong dan Sarikei," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beliau berkata pembinaan jalan itu ketika ini adalah pada tahap 4.4 peratus atau 44 hari lebih awal daripada jadual.

Uggah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban, berkata jalan itu akan melalui kawasan pedalaman Bukit Saban, Krian dan Pakan.

Beliau berkata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Open telah meluluskan peruntukan bagi projek jalan raya itu di bawah pakej Jalan Utama Kedua negeri.

Terdahulu, Uggah bersama ADUN Pakan Tan Sri William Mawan Ikom dan ADUN Krian Friday Belik mengadakan lawatan tapak bagi memantau kemajuan pembinaan jalan raya itu.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka yang merupakan sebahagian daripada 942 perserta program itu, menerima lesen pada satu maljis…
Informasi
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata inisiatif daripada syarikat tambang rendah itu…
Berita Domestik
“Hasil pemeriksaan KPDN, minyak diesel dengan anggaran sebanyak 430,000 liter yang bernilai RM924,…