Sampai bila 'perangai' buang sampah ini diwarisi? Roadcare mohon kerjasama jaga kebersihan

oleh SALINA JALIL|
Peningkatan jumlah kenderaan pada musim perayaan dan hujung minggu memang kebiasaan pada setiap tahun dan sememangnya dijangkakan!


Tambahan pula umum maklum, kebanyakan kita tak dapat ‘beraya’ dan balik ke kampung pada Syawal lalu dek perlu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan, gamaknya Raya Haji ini kali ini ramai yang ‘membalas dendam’.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Selain beraya, ramai yang mahu bercuti bagi memenuhi masa hujung minggu yang ada. Sudah tentulah jumlah kenderaan meningkat. Pusat rehat dan rawat (R&R) pula tak semua mampu menampung jumlah pengguna jalan raya yang ramai pada satu-satu masa.

 

Justeru tidak mahu bersesak, ramai yang memilih berhenti rehat di bahu-bahu jalan.

 

Malangnya selepas melepaskan lelah dan tidak mustahil tak kurang juga mungkin ada yang melepaskan hajat di lokasi berkenaan, sampah sarap terutama seperti bungkusan makanan, tin dan botol minuman serta pelbagai lagi ditinggalkan di tepi jalan dan bersepah begitu saja.

 

Rupanya mentaliti kelas ketiga masyarakat kita masih tidak berganjak. Tetap ‘padu’ di situ biarpun kita sudah hampir ke penghujung tahun 2020 alaf baru ini. Sedihnya…

 

Bila berlaku perkara sebegini masih nak salahkan warga asing misalnya? Dah tentu-tentu mereka tak balik kampung di sini, atau bebas memandu kenderaan peribadi begitu saja.

 

Menerusi laporan dari Sinar Harian, sebahagian besar warganet amat kesal dengan kejadian dan sikap orang-orang kita yang tidak menitik berat isu kebersihan dan tidak segan membuang sampah sarap di tepi bahu jalan seperti mana dilaporkan oleh Roadcare BentongRaub.

 

Roadcare BentongRaub@RoadcareP4 pada 30 Julai lalu berkongsi di ciapan Twitter nya:

 

#teamroadcare mengutip sampah yang dibuang di bahu jalan #ft34 #CSR
Mohon kita semua bersama jaga kebersihan persekitaran kita.

Dalam pada itu Roadcare BentongRaub turut berkongsi foto bahu jalan yang dipenuhi sampah dan dipungut oleh kakitangannya.

 

 

 

Antara komen-komen kesal dari warganet:

 

ya setiap tahun.. benda yg sama berlaku. tahun depan & 2,3 tahun akan datang pun mesti berlaku lagi. mentality kelas kedua.. apa salahnya sampah tu letak dalam plastik ikat simpan dulu dalam kereta setannn… dah sampai destinasi atau petrol pump buang lah.

 

Mmg perasan masa balik raya ke kg mertua ari rabu aritu, byk kereta berhenti tepi  jalan tu.. Entahla.. Susah nk ckp.. Semuanya datang dr sikap, didikan orang tua.. Kalau dah dibudayakan sejak kecil.. Mmg sah2 bawa ke besar..cikgu sendiri pun ajar di sekolah bersihkan kelas, siap ada jadual tugasan kebersihan setiap hari.. Tp nmpknya kesan/nilai tak smpi ke hati ?

 

Rakyat selalu merungut mahukan pemimpin yg baik. Sebenarnya pemimpin yg baik dtgnya drpd sikap rakyat yg baik terlebih dahulu.

 

Dlm keta nak bersih..tapi buang sampah merata2. Ni diri sendiri x de displin. Jenis pentingkan diri sendiri. Jgn salahkn cikgu lah..ibubapa lah…ni diri sendiri…sikap sendiri.

 

Knp nk salahkn kerajaan..guru2 di sekolah ke..yg buat salah diri sendiri..x usah nk salahkn sesiapa…Ni tntang didikan awal yg bermula dari rumah..‘sivic minded’ tak ada..
 

Ada segelintir rakyat Malaysia yg masih lgi tidak bertamadun..tak bertanggungjawab..tak ada kesedaran.

 

Semoga sikap dan perangai buruk ini akan berubah! Sebagai ibubapa kita harus memberikan didikan dan menunjukkan 'apa yang baik dan apa yang tidak' kepada anak-anak kita supaya perangai membuang sampah merata-rata ini tidak diwarisi kepada anak-anak dan generasi akan datang.

 

Tanamkan sikap sayangkan kebersihan negara seperti mana kita sayangkan rumah kita sendiri dan bila ada perasaan sayang, bukankah kita akan lebih mengambil berat dan menjaga kebersihan? Islam juga menitikberatkan kebersihan dan kita sebagai orang-orang Islam sepatutnya menunjukkan teladan yang lebih baik!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tayar tersebut bakal digunakan di dalam perlumbaan endurance GreenGT Mission H24 yang terdiri…