Michelin hasilkan tayar perlumbaan daripada sisa sampah sarap!

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di acara Movin'on Summit 2021, Michelin telah memperlihatkan secara rasmi sebuah produk tayar perlumbaan berprestasi tinggi yang mengandungi 46 peratus bahan-bahan lestari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tayar tersebut bakal digunakan di dalam perlumbaan endurance GreenGT Mission H24 yang terdiri daripada jentera-jentera lumba berkuasa hidrogen.

Menurut Michelin, kandungan bahan lestari yang tinggi itu mampu dicapai menerusi peningkatan kandungan getah asli tayar, serta menggunakan karbon hitam yang dikitar semula daripada tayar terpakai.

Selain daripada itu, bahan-bahan lain yang digunakan termasuklah kulit buah oren dan lemon, minyak bunga matahari, damar pain dan keluli yang dikitar semula daripada tin aluminium.

Tahun ini, Michelin mengumumkan komitmen mereka untuk menggunakan 100 peratus bahan-bahan yang lebih lestari di dalam produk tayar menjelang tahun 2050.

Selain daripada itu, Michelin juga turut menggunakan proses reka bentuk eko bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar dalam setiap fasa kitaran penggunaan, bermula dari penyumberan bahan mentah dan produksi sehinggalah kepada kegunaan atas jalan dan juga proses kitar semula.

Berita Berkenaan

Berita Global
Van yang dilengkapi tayar prototaip itu telah memulakan perjalanan pertamanya dari pejabat DHL…
Berita Domestik
Acara tahunan ini akan menyaksikan gamer dari Malaysia bertempur dengan peserta-peserta dari negara…
Berita Global
  Dari segi spesifikasi, MICHELIN x Bamford B347 Pilot Sport adalah jam kronograf satu butang…