Sambutan ulang tahun ke-50 Ferrari Dino di Maranello tarik lebih 150 unit Dino

oleh Mohamad Hanif|
Lebih daripada 150 buah Ferrari Dino dan 300 orang pengunjung daripada seluruh dunia telah berkumpul di Maranello pada 30 Jun yang lalu bagi meraikan ulang tahun yang ke-50 kereta produksi pertama Ferrari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Acara tersebut dimulakan apabila semua peserta berkumpul di Muzium Maranello dan kemudian mereka berkonvoi beramai-ramai menuju ke Litar Fiorano. 
 


Kemudian pada tengah hari, kesemua Ferrari Dino dibawa masuk ke dalam kilang untuk jelajah khas dan diakhiri dengan sesi bergambar di bawah pintu gerbang Via Abetone Inferiore. 

Dino yang menggunakan enjin enam silinder direka oleh anak kepada Enzo Ferrari, pertama kali diperkenalkan kepada umum menerusi Paris Motor Show pada Oktober 1965 sebelum dilancarkan setahun selepas itu pada Frankurt Motor Show. 
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kemunculan model ini sekaligus menandakan ia sebagai model pertama yang dilengkapi dengan nadi V6…