Ferrari 296 GTB mendarat di Malaysia - nadi V6 hibrid 819 hp, dari RM1.2 juta

oleh Mohamad Hanif|
Naza Italia selaku pengimport dan pengedar tunggal jenama Ferrari di Malaysia melancarkan sebuah lagi supercar, iaitu Ferrari 296 GTB di mana ia diposisikan di atas model F8 Tributo.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kemunculan model ini sekaligus menandakan ia sebagai model pertama yang dilengkapi dengan nadi V6 selepas kali terakhir enjin tersebut muncul pada model Dino era 50-an hingga 70-an.

Ferrari 296 GTB juga model V6 turbo hibrid pertama yang halal digunakan atas jalan raya selepas kemunculan nadi V6 hibrid yang telah digunakan secara meluas dalam Formula 1 sejak 2014.

Berikut merupakan beberapa fakta ringkas berkenaan Ferrari 296 GTB.

1. 296 GTB mempunyai maksud yang tersendiri, di mana '29' merujuk kepada sesaran enjin, '6' pula bilangan silinder dan GTB membawa maksud Gran Turismo Berlinetta.
 

296


2. 296 GTB  didatangkan dengan enjin 2.9 liter bentangan V6 120 darjah yang dibantu dengan induksi paksaan turbo berkembar, dan mampu menjana kuasa setinggi 654 hp, atau 218 hp/liter - angka output spesifik paling tinggi untuk kereta produksi.

3. Senibina 120 darjah itu unik, membolehkan unit turbo dipasang pada bahagian tengah enjin, menjadikan unit keseluruhan lebih kompak. Kebuk pembakaran baharu yang dibangunkan pada model SF90 Stradale turut digunakan pada model 296 GTB ini.
 

296


4. Digandingkan dengan motor elektrik (164 hp/315 Nm), Ferrari 296 GTB mampu menghamburkan kuasa setinggi 819 hp dan 740 Nm, jauh lebih berkuasa berbanding model F8 Tributo.

5. Tidak seperti model plug-in hybrid moden Ferrari yang lain, 296 GTB merupakan supercar PHEV dengan sistem pacuan roda belakang sahaja, dengan transmisi DCT lapan nisbah kelajuan daripada model SF90 Stradale.

6. Biarpun ia sebuah Ferrari RWD, 296 GTB mampu memecut 0-100 km/j sepantas 2.9 saat, 0-200 km/j dalam 7.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 330 km/j.
 

296


7. Pek bateri berkapasiti 7.45 kWh, membolehkan pemanduan sifar emisi sejauh 25 km pada kelajuan tertinggi 135 km/j. Saiznya lebih kompak kerana Ferrari telah menggandingkan sistem penyejukan, struktur dan titik penepatan di dalam satu komponen tunggal.

8. 296 GTB membawakan elemen rekaan rujukan daripada jentera lumba klasik 250 LM, serta tidak ketinggalan supercar moden seperti SF90 Stradale, dan ekor belakang (yang merupakan sistem aerodinamik aktif) daripada model LaFerrari. Sistem aero aktif ini mampu menjana daya turun seberat 360 kg pada kelajuan 250 km/j.
 

296


9. Kehadiran liang-liang udara di depan bukan sahaja untuk tujuan estetik, malah ia membantu aliran udara, serta sistem penyejukan brek yang lebih berkesan.

10. Ferrari 296 GTB membawakan ukuran sepanjang 4,565 mm, lebar 1,958 mm, tinggi 1,187 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,600. Jarak wheelbase 50 mm lebih pendek bertujuan untuk peningkatan aspek pengendalian. Berat pula sekitar 1,470 kg.
 

296


11. Ruang kabin/kokpit 296 GTB ini membawakan konsep antaramuka digital  minimalis yang muncul buat kali pertama pada model SF90 Stradale, dimulakan dengan skrin kluster digital 16 inci, roda stereng dengan butang kapasitif, dan kawalan transmisi gear-shift gate klasik.

12. Selain kawalan elektronik seperti eTC, eDiff, SCM, FDE2.0, EPS, dan ABS Evo, 296 GTB didatangkan dengan empat mod pemanduan eManettino iaitu:
-eDrive: pemanduan elektrik sepenuh masa sehingga 25 km/j pada kelajuan 135 km/j
-Hybrid: mod pemanduan lalai (default)
-Performance: enjin sentiasa dihidupkan bagi mengekalkan tahap kecekapan bateri
-Qualify: menawarkan kuasa maksimum, namun dengan merendahkan tahap pengecasan bateri
 

296


13. Ferrari turut menawarkan pakej Assetto Fiorano yang menawarkan penjimatan berat sehingga 15 kg, merangkumi:
-penyerap hentak Multimatic boleh laras, tayar Michelin Sport Cup2R
-elemen aero gentian karbon pada bahagian bampar depan
-skrin belakang daripada bahan Lexan
-serta penggunaan bahan karbon pada luar dan dalam kabin

14. Harga jualan Ferrari 296 GTB di Malaysia bermula dari RM1,228,000 tidak termasuk cukai, insurans, serta penyesuaian yang ditawarkan. Ferrari menawarkan program penyelenggaraan selama tujuh tahun.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ferrari telah memanggil semula model terlibat kerana ia mendapati bahawa kemungkinan kebocoran…
Telah Diuji
Ini kerana, ini merupakan kali pertama penulis diberikan peluang untuk melenjan sebuah supercar…
Pelancaran
Secara asasnya, Ferrari 296 GTS membawakan spesifikasi yang hampir sama dengan model 296 GTB, di…