Salah guna laluan pejalan kaki, DBKL ambil tindakan terhadap peniaga

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu hantaran di laman media sosial Facebook, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan terhadap peniaga yang menyalahgunakan laluan pejalan kaki LRT Wangsa Maju sebagai tapak perniagaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

PBT itu turut menasihatkan golongan peniaga supaya lebih prihatin dan peka terhadap keselesaan pengguna.

"DBKL sedar akan keperluan sebahagian dari anggota masyarakat di Kuala Lumpur ini untuk mencari rezeki melalui aktiviti penjajaan.

"Tapi dalam kita nak mencari rezeki, kena prihatin dengan keselesaan pihak lain juga seperti pengguna jalan raya dan pejalan kaki.

 


"Jangan disebabkan kita berniaga di situ, timbul masalah kesesakan lalu lintas, pejalan kaki tak dapat gunakan laluan berbumbung yang disediakan untuk mereka dan sebagainya," menurut kemas kini tersebut pada Jumaat.

DBKL menjelaskan, tindakan penguatkuasaan akan dilakukan sekiranya banyak aduan diterima seperti kes laluan berbumbung LRT Wangsa Maju.

"Kepada kelompok penjaja di Kuala Lumpur dinasihatkan patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh DBKL dalam menjalankan aktiviti menjaja.

"Kalau peraturan dipatuhi semua lapisan masyarakat akan gembira. Sama-sama nak hidup selesa kan?" katanya.

Sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Informasi
  Perkhidmatan percubaan hingga 16 Mac depan akan dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia…