Van perantara LRT laluan percubaan T252 bermula hari ini

oleh SALINA JALIL|
Perkhidmatan percubaan van perantara transit aliran ringan (LRT) bagi laluan T252 dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus ke LRT Wangsa Maju (melalui PPR Desa Rejang) akan bermula pada hari ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Perkhidmatan percubaan hingga 16 Mac depan akan dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd dan pengendali operasi bas RapidKL, bas perantara LRT serta MRT.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd, Muhammad Yazurin Sallij, berkata perkhidmatan percubaan itu akan menggunakan tiga van berwarna merah jambu dengan kapasiti 10 penumpang.

 

Perkhidmatan itu beroperasi dengan kekerapan 20 minit pada kadar tambang RM1 melalui kaedah pembayaran pas tanpa had My30, Touch'n Go dan kad konsesi sahaja, antara jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.

 

"T252 ini adalah laluan baharu yang sebelum ini tidak dapat dilalui bas RapidKL kerana jalan terlalu sempit bagi kenderaan lebar, selain berharap penduduk sekitarnya dapat mencuba perkhidmatan ini dan memberi maklum balas mengenainya.

 

"Segala maklumat dan maklum balas akan dianalisis bagi tujuan pertimbangan Prasarana sama ada akan meneruskan atau mengembangkan perkhidmatan van perantara ini pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Beliau berkata, pengguna digalakkan menggunakan aplikasi Google Maps atau Moovit atau melayari portal MyRapid Bus Kiosk di https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk, bagi mengetahui lokasi semasa van.

 

Bagi maklumat lanjut orang ramai boleh menghubungi talian Rapid KL Helpline at 03-7885 2585 atau melalui laman media sosial RapidKL atau emel ke [email protected].

 

 

 

BH