Saintis temukan cara gunakan gentian karbon sebagai salah satu komponen menyimpan cas elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Jarak operasi sesebuah kenderaan elektrik (EV) merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi ramai pengguna sebelum membuat keputusan memiliki kenderaan hijau tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara asasnya, rekaan bateri masa kini kebanyakannya adalah besar dan berat, dan sedikit sebanyak akan menambahkan berat badan kereta itu sendiri sekaligus ia turut mempengaruhi jarak operasi disebabkan lebih banyak tenaga digunakan untuk menggerakkan kereta. 

Namun, menurut kajian terbaharu yang dijalankan, saintis berpendapat rangka kereta itu sendiri sebenarnya mampu menjadi sebahagian daripada komponen bateri dengan kata kunci: gentian karbon (carbon fibre).

 

gambar sekadar hiasan: casis gentian karbon Porsche 918 Spyder


Gentian karbon merupakan salah satu elemen penting dalam usaha untuk mengurangkan berat badan kenderaan yang rata-ratanya menggunakan besi, keluli dan aluminium, di samping memberikan kadar keteguhan casis yang serupa. 

Kajian terkini tersebut mendapati gentian karbon mampu berfungsi sebagai elektrod yang mampu mengumpul dan menyimpan cas bateri. 

Para saintis telah menemukan cara untuk menjadikan gentian karbon tersebut menyimpan cas tenaga elektrik tanpa melemahkan struktur gentian itu terlalu banyak berdasarkan siri kajian terhadap struktur mikroskopik daripada beberapa jenis gentian karbon. 


Ini bermakna, walaupun gentian karbon tersebut merupakan asas kepada bahan binaan casis kereta, ia boleh diperkembangkan fungsinya sebagai storan cas elektrik bagi membantu operasi pek bateri utama di dalam sesebuah EV. 

Secara teorinya, ia merupakan satu penemuan besar di dalam bidang kajian jarak operasi EV, oleh kerana kebanyakan para pengeluar kini sedang berusaha menawarkan EV dengan jarak yang lebih jauh tanpa dipengaruhi oleh berat badan kereta itu sendiri. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Berita Global
Digelar sebagai Ioniq 5 NPX1, jentera baharu itu menampilkan beberapa perubahan di bahagian luar,…
Berita Global
Versi terawal 911 ini dikuasakan oleh enjin boxer flat-six 2.0 liter yang mampu menghasilkan 128 hp…