Projek restorasi Porsche 912c KAMM telan belanja RM2 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Pada tahun 1964, Porsche melancarkan model kereta sports mewah Porsche 911 klasik sebagai pengganti kepada model Porsche 356.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Versi terawal 911 ini dikuasakan oleh enjin boxer flat-six 2.0 liter yang mampu menghasilkan 128 hp, dan transmisi manual lima kelajuan.

Alternatifnya, pembeli yang kurang berkemampuan boleh mendapatkan model Porsche 912 sebagai varian aras mula yang dikuasakan oleh enjin flat-4 1.6 liter, berkuasa 102 hp.

Sepanjang tempoh produksi, Porsche telah membina hampir 30,000 unit coupe dan 2,500 unit Targa.
 

912c


Jika anda kebetulan mempunyai salah sebuah model 912 yang mahu direstorasi semula, anda boleh dapatkan khidmat daripad KAMM dari Hungary.

Tidak seperti model asal, Porsche 912c ini telah diberikan panel badan gentian karbon penuh yang mampu mengurangkan berat badan lebih daripada 300 kg, menjadikan berat keseluruhan kini sekitar 699 kg sahaja!

Ia juga turut memberikan manfaat pengagihan berat badan hampir 50:50.
 

912c


Selain itu, KAMM turut menitikberatkan aspek aerodinamik, diikuti dengan sistem pendingin hawa dan audio yang ditambahbaik, serta opsyen tempat duduk baharu.

Enjin asal flat-4 1.6 liter yang asal tidak lagi digunakan, sebaliknya KAMM memadankan nadi flat-4 2.0 liter sejukan udara dengan sistem pancitan bahan api elektronik, di mana nadi baharu itu mampu menjana kuasa sehingga 190 hp.
 

912c


Kos untuk panel badan gentian karbon penuh hanya menelan belanja sekitar €400,000 (RM2 juta) termasuk kos model penderma 912, atau bermula dari €360,000 (RM1.84 juta) jika anda sudah ada model kereta tersebut.

Porsche 912c ini juga didapati dalam versi separa karbon dengan berat sekitar 750 kg, dengan kos bermula dari €360,000 atau €320,000 (RM1.64 juta) sekiranya anda mempunyai kereta 912 untuk dijadikan sebagai kereta projek.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek terbaharu mereka dinamakan sebagai Touring Turbo Edition Coupe, dan seperti biasa, ia…
Berita Global
Projek ini dimulakan pada pada tahun lalu dimulakan dengan model Supra di mana para pemilik Supra…