Sabah cadangkan Toyota membuka kilang pemasangan di negeri ini

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan Negeri Sabah mahu menjalinkan kerjasama rapat dalam membangunkan perusahaan automotif dengan syarikat terkemuka dari Jepun, iaitu UMW Toyota ke negeri itu di masa akan datang.


Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dengan pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur, pihaknya percaya syarikat gergasi itu akan 'membuka mata' mereka untuk bertapak di negeri Sabah.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Beliau berkata, faktor penggunaan kenderaan jenis pacuan empat roda teramai termasuklah jenama dalam kalangan rakyat Sabah turut menjadi dorongan kepada langkah berkenaan.



"Itu memang salah satu faktor yang mereka ambil perhatian, kerana mereka yakin pasaran Sabah tidaklah begitu besar, tetapi mereka sedar kenderaan pacuan empat roda kita merupakan pengguna yang banyak Hilux (Toyota) pun kita merupakan pengguna yang banyak," katanya.

Mohd Shafie berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa kumpulan syarikat industri automotif di Nagoya, Jepun, pada Isnin.



Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa perusahaan automotif itu dijangka berbentuk pembinaan kilang pemasangan komponen terutamanya jenis pacuan empat roda di Sabah.



Sementara itu, ketika ditanya mengenai persediaan Sabah, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri kini berada di landasan yang tepat bagi terlibat dengan industri berkenaan.


"Saya yakin kita mempunyai potensi dari segi lokasinya dan dari segi tenaga manusia yang ada kita mempunyai kemampuan untuk menyediakanny sekali gus capai keputusan menang-menang," katanya.



Sementara itu, Mohd Shafie yang dalam lawatan kerjanya di Jepun sejak 29 November lalu, berpuas hati dengan pendekatan holistik di antara kedua-dua pihak. 



Jelasnya, selain berusaha menarik pelaburan ke Sabah, lawatan kerja itu juga mampu meningkatkan potensi kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bentuk sektor di masa depan.

 

Persoalannya adakah UMW Toyota akan menyahut saranan ini?

 

 

 

 

sumber: Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, menzahirkan kepuasannya dengan prestasi 2023, di mana kejayaan…
Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…