Ryan Reynolds kini sebahagian dari pasukan Alpine F1

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Renault Group dan Alpine telah mengumumkan pelaburan berjumlah USD218 juta (RM978 juta) daripada Otro Capital, RedBird Capital Partners, dan Maximum Effort Investments, dikenali sebagai "Kumpulan Pelabur", dalam Alpine Racing Ltd.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Langkah itu mewakili 24% pegangan ekuiti dalam Alpine, dimana ia bakal mempercepatkan pertumbuhan dan cita-cita pasukan tersebut dalam dunia Formula 1.

 

2

 

Kini dinilai kira-kira USD900 juta, pelaburan itu akan memanfaatkan kepakaran Kumpulan Pelabur industri sukan seperti media, penajaan, tiket, hospitaliti, pengurusan hak komersial, pelesenan dan perdagangan.

Diketuai oleh Ryan Reynolds, rekod prestasi kumpulan itu menawarkan kerjasama dengan gergasi industri sukan seperti Dallas Cowboys, Fenway Sports Group, NFL, Toulouse FC dan Wrexham AFC.

 

3

 

Tambahan juga, perjanjian itu akan memanfaatkan kemahiran kumpulan tersebut dalam data dan teknologi untuk mengoptimumkan prestasi pemasaran dan komersial pasukan Alpine F1.

Pengasas bersama dan rakan kongsi Otro Capital, Alec Scheiner, akan menyertai Lembaga Pengarah Alpine Racing Ltd sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FORMULA 1® (@f1)

 

Antara pelabur bersama terkenal kumpulan itu ialah Michael B. Jordan, Ryan Reynolds dari Maximum Effort Investments, dan pengerusi bersama Wrexham AFC, Rob McElhenney.

Walau bagaimanapun, Alpine Racing SAS, syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan enjin lumba Alpine F1 di Viry-Châtillon, Perancis, kekal sepenuhnya milik Renault Group, dan tidak terjejas oleh pelaburan tersebut.

 

Sumber: Formula 1

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Audi turut telah mengesahkan bahawa Andreas Seidl dilantik sebagai bos pasukan baharu mereka untuk…
Berita Global
Kehebatan kejuruteraan pasukan itu tidak dapat dinafikan lagi dan kali ini Red Bull bakal…
Sukan Bermotor
Lebih mengejutkan, bintang F1 itu juga diumumkan akan bersama pasukan Scuderia Ferrari pada tahun…