Rolls-Royce Wraith 'Inspired by Earth' dari Abu Dhabi

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu kelebihan orang yang memiliki poket yang dalam ini adalah kemungkinan yang tidak terbatas dalam menentukan spesifikasi kereta idaman, dan di dalam kes ini, Rolls-Royce Wraith yang sudah pun hadir dalam beberapa spesifikasi yang tersendiri.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Model Rolls-Royce Wraith yang dipamerkan kali ini memakai nama "Inspired by Earth", di mana ia dikomisenkan menerusi Rolls-Royce Abu Dhabi.

Tema 'Inspired by Earth' yang dilayangkan pada model Wraith ini sebenarnya banyak mengambil inspirasi daripada sistem solar yang menampilkan planet-planet (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun) termasuklah Matahari.

 


Dari segi luaran, Rolls-Royce Wraith ini menampilkan warna Royal Blue yang mencerminkan peratusan air di permukaan bumi (75 peratus kalau nak tahu), sementara kerja seni peta Timur Tengah pula diabadikan pada hud enjin.

Ruang kabin pula banyak memfokuskan kepada permukaan bumi yang didiami oleh manusia, di mana tempat duduk dibaluti kulit Moccasin seakan pasir di padang pasir, manakala aksen Navy dan Cobalto blue pula menggambarkan sungai dan tasik.

 


Elemen berwarna Emerald Green pula membawakan simbol alam semula jadi, dan logo 'RR' berwarna putih pula menggambarkan awan dan air yang mengalir.

Insaf sekejap.

Antara kemasan lain termasuklah rekaan awan yang dijahit menggunakan teknologi Photoflash di antara tempat duduk, venir Piano Milori yang menunjukkan imej satelit realistik Timur Tengah, dan headliner Starlight yang menunjukkan kesemua planet di dalam Sistem Solar.

 


Mengakhiri segala kemasan tersebut adalah treadplate kustom, jam dengan latar belakang radial keluli, serta gambaran kesemua planet di dalam sistem solar di mana Bumi diwarnakan dengan kemasan emas.

Harga, usah ditanya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia bukanlah model sebenar atau prototaip Shooting Brake yang dihasilkan secara rasmi oleh Rolls-…