Carat Duchatelet Silver Spectre Shooting Brake - tujuh unit sahaja dalam dunia!

oleh Mohamad Hanif|
Bayangkan sebuah Rolls-Royce Wraith dengan rekaan badan Shooting Brake.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bukanlah model sebenar atau prototaip Shooting Brake yang dihasilkan secara rasmi oleh Rolls-Royce, akan tetapi ia sebenarnya dibina oleh pembina koc (coachbuilder) Belgium - Carat Duchatelet seperti yang diminta oleh Niels van Roij Design.

Namanya juga cukup panjang - Carat Duchatelet Silver Spectre Shooting Brake!

 


Namun, untuk menjadikan model asas Rolls-Royce Wraith kepada sebuah Shooting Brake dengan rekaan yang sempurna, pembina koc tersebut telah menjalankan modifikasi terhadap bumbung dan memanjangkannya sehingga ke bahagian belakang.

Bahagian tersebut diakhiri dengan pemasangan tingkap belakang, diikuti dengan tingkap sisi yang direka memanjang ke arah tiang C.

Menurut laporan daripada CarScoops, Rolls-Royce ini asalnya diminta oleh salah seorang pemilik yang mahukan sebuah Wraith Shooting Brake, dan tidak pasti berapa unit yang bakal dibina walaupun perancangan asalnya hanyalah sekitar tujuh unit sahaja.

 


Pembina koc Belgium itu turut menyatakan setiap satu unit kereta tersebut akan menampilkan tema rekaan yang tersendiri merangkumi penampilan luaran dan dalaman, dan kesemuanya dihasilkan dengan menggunakan tenaga tangan bagi menjamin kualiti.

Ini termasuklah kemasan pada papan pemuka dan panel pintu menggunakan kayu yang telah digilap, jahitan pada perehat kepala, tread plate yang disesuaikan mengikut pembeli dan upholsteri kulit atau sutera.

Yang pasti, harga untuk sebuah unit Wraith Shooting Brake ini tersangatlah mahal, memandangkan harga jualan sebuah Rolls-Royce Wraith standard kilang hanya bermula dari RM1.38 juta tidak termasuk opsyen yang ditawarkan.

 


Sumber: Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada HiPhi A, sebuah shooting-brake lima pintu yang mampu menjanjikan…
Berita Global
Selepas memperkenalkan SUV Eletre dan sedan yang akan dilancarkan kelak, Lotus diberitakan akan…
Berita Global
Nadi empat silinder sebaris M139 yang dibekalkan dari kilang itu berupaya menghamburkan kuasa…