Rolls-Royce pertimbang EV berkuasa hidrogen

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce baharu sahaja memuktamadkan program ujian penilaian sejauh 2.5 juta kilometer bagi model EV Spectre baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Super coupe elektrik Spectre itu telah menempuh pelbagai jenis keadaan seperti salji Arctic, padang pasir, laluan bergunung tinggi dan beberapa bandaraya besar dunia (Sanya Island, China; Dubai, UAE; Napa Valley, California; London) dengan julat suhu dari -40oC hingga 50oC.

Bukan sekadar aspek pemanduan di lebuh raya dan sistem stereng empat roda yang turut diuji, akan tetapi ia juga merangkumi pelbagai prosedur ujian statik seperti perbualan telefon apabila kereta diparkir bersebelahan helikopter, kekuatan sambungan internet dan bermacam-macam kriteria lagi.
 

EV


Rolls-Royce Spectre dijangka masuk produksi pada bulan September ini, dengan jarak gerak melebihi 482 km dan menyokong pengecasan pantas 195 kW.

Namun, CEO Rolls-Royce Torsten Müller-Ötvös menjelaskan posisi unik Rolls-Royce serta corak penggunaan oleh kebanyakan pemilik jenama itu telah membuka kebarangkalian untuk mempertimbangkan hidrogen sebagai bahan api alternatif pada masa depan.
 

bmw


Bercakap kepada Autocar, beliau memberikan bayangan bahawa Rolls-Royce mungkin beralih daripada bateri konvensional kepada kenderaan dengan trenkuasa sel bahan api hidrogen untuk kereta elektrik masa depan.

"Jika hidrogen akan digunakan pada masa akan datang, jadi ia perlulah sistem sel bahan api. Sistem ini tidaklah jauh beza dengan sebuah bateri, ia adalah berkenaan cara anda untuk mendapatkan tenaga.

Müller-Ötvös berpendapat teknologi tersebut mempunyai tempat pada masa akan datang, terutamanya untuk kebanyakan kereta Rolls-Royce yang secara tradisinya tidak digunakan untuk perjalanan jarak jauh secara kerap.
 

ev


Namun tidak seperti EV yang boleh dicas di rumah, beliau mengakui kereta dengan trenkuasa sel bahan api bakal berdepan kesukaran untuk melakukan pengisian bahan api apabila diperlukan.

Oleh sebab itu, Rolls-Royce sedang melihat dengan teliti aspek pembangunan infrastruktur pengisian hidrogen untuk menilai kebolehlaksanaan tenaga pendorong hidrogen pada masa akan datang.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…