Rolls-Royce Ghost Zenith - edisi terhad ulang tahun ke-10 Ghost, 50 unit sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Rolls-Royce Ghost merupakan sebuah sedan mewah bersaiz penuh yang dihasilkan sejak dari tahun 2009, dan nama Ghost diambil bersempena dengan Silver Ghost, kereta pertama yang dihasilkan pada tahun 1906.

Sedar atau tidak, sudah hampir 10 tahun Rolls-Royce Ghost 'berkhidmat' di atas muka bumi dan menjadi antara model RR yang paling popular, dan untuk meraikan pencapaian ini, pengeluar automotif British ini memperkenalkan koleksi Ghost Zenith. 

Penghasilan Ghost Zenith hanya dihadkan kepada 50 unit edisi terhad sahaja di seluruh dunia dan menampilkan beberapa ciri yang lebih mewah dan banyak mengambil inspirasi daripada model konsep 200EX yang diperkenalkan sepuluh tahun yang lalu. 
 


Sebagai contoh, jongkong logam peringatan (Ingot) diperbuat daripada Spirit of Ecstasy sebenar daripada Rolls-Royce 200EX - dicairkan dan diposisikan di konsol tengah setiap unit Ghost Zenith. 

Selain daripada itu, Ghost Zenith turut menampilkan ciri mewah seperti poket pintu yang bercahaya, reka bentuk kayu marquetry yang kompleks yang diakhiri dengan kemasan kayu, fiber teknikal atau veneer piano, serta kemasan pada tempat duduk belakang yang diinspirasikan daripada model original Silver Ghost 1907.
 


Ruang kabin kemudian dihiasi dengan reka bentuk lelangit yang dipenuhi 'bintang' atau Shooting Star Headliner, terima kasih kepada penggunaan 1,340 unit lampu LED optik yang bersinar bagi mewujudkan ilusi langit yang mempersonakan. 

Boleh didapati dalam tiga kombinasi warna pilihan, iaitu Iguazu Blue/Andalusian White, Premiere Silver/Arctic White atau Bohemian Red/Black Diamond
 


Kesemua 50 unit Ghost Zenith diproduksikan menggunakan tenaga tangan di Home of Rolls-Royce, Goodwood, West Sussex, dan menurut Rolls-Royce lagi, buku tempahan bagi Ghost Zenith bakal ditutup tidak lama lagi. 
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat Rolls-Royce (bukan Rolls-Royce Motor Cars) turut sama berpengalaman dalam menghasilkan…
Berita Global
Terletak tidak jauh daripada kilang induk, Rolls-Royce memiliki kira-kira 250,000 ekor lebah yang…
Berita Global
Terbuka kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur 16 tahun, pertandingan ini bertujuan untuk…