Renault tawar perkhidmatan Subscription baharu - lebih mampu milik untuk tangani kegawatan akibat COVID-19

oleh HEZERI SAMSURI|
Renault Malaysia telah mengumumkan perkhidmatan pajakan Renault Subscription dan tawaran E-Store yang lebih menarik.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut CEO TC Euro Cars, Wong Hoe Mun, Renault Malaysia memulakan proses transformasi digital mereka tahun lalu lagi tetapi pandemik COVID-19 menyebabkan mereka mempercepatkan lagi penukaran itu agar ia lebih sesuai dengan keadaan semasa.

Antara penambahan baharu untuk skim pajakan Renault Subscription termasuklah:

 

 

Pelan Percubaan Renault Subscription

Ditawarkan oleh semua dewan pameran Renault di Malaysia, pelan baharu ini menawarkan pakej dari serendah RM399 seminggu untuk Renault Captur.

Berbeza dari dahulu, pelan ini sekarang membenarkan langganan sebanyak beberapa kali tanpa had berbanding dengan sekali langganan sahaja sebelum ini.

Renault Malaysia berkata dengan cara ini, ia lebih sesuai untuk mereka yang terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bagi mereka yang tidak mahukan komitmen yang panjang.

Pelan Fixed dan Switch Renault Subscription

Pelan ini juga telah diubah untuk mnejadikan lebih menarik bagi pelanggan Renault.

Pelan Fixed atau tetap kini turut menawarkan pelan 3-tahun untuk model Captur dan Koleos. Dahulu, pelan 3-tahun hanya khusus untuk model sporty Renault Megane RS 280 Cup.

Bayaran bulanan masih merangkumi cukai jalan, insuran, kos servis biasa dan batasan had perbatuan 20,000 km setahun, pelanggan boleh memilih untuk menambah had perbatuan itu kepada 40,000 km dan bukan lagi hanya 30,000 km seperti dahulu.

Untuk Pelan Renault Subscription Switch, ia kini menawarkan Captur Trophy pada harga RM1,999 sebulan dan Switch Prime pula menawarkan Koleos pada RM3,199 sebulan.

fixed renault

Di bawah pelan Prime, pelanggan boleh mengakses kenderaan Renault lain selama dua bulan.

Senarai kelengkapan aksesori juga telah ditambah dengan filem (tint) keselamatan dan solar, tempat duduk kanak-kanak, perakam video digital dan pass masuk Singapura. Kos aksesori boleh dipecahkan dan dimasukkan ke dalam bayaran bulanan.

Renault juga mempunyai pelan Pre-Owned Captur Subscription di mana ia menawarkan sistem pajakan untuk Captur terpakai. Ia dilancarkan pada 22 April lalu di Renault E-Store dan Shopee dan berjaya menarik lebih dari 100 tempahan berbayar.

 

 

 

Tawaran menarik dan eksklusif di Renault E-Store

Pelanggan yang membeli mana-mana model Renault baharu melalui E-Store dari 20 April hingga 31 May 2020 akan menerima penjimatan melalui rebat yang sama dengan bayaran ansuran bulanan selama enam bulan.

Tawaran istimewa yang lain khusus untuk pembelian online termasuklah servis percuma untuk lima tahun atau 100,000 km (mana yang terdahulu) dan tawaran "trade in" sehingga RM8,000.

Mereka yang membeli pakej pajakan Renault Subscription melalui E-Store pula akan menerima penggunaan percuma selama sebulan.

Pelanggan pelan Pre-Owned Captur Subscription dari E-Store akan membayar cuma fi pajakan sebanyak 50 peratus sebulan selama enam bulan.

Perkhidmatan Easy Life

Demi untuk memudahkan pelanggan-pelanggan Renault, ia menawarkan:

Proses pembelian atau pajakan secra online melalui E-Store - dari sesi pandu uji sehingga ke proses pengambilan kenderaan baharu anda.

Perkhidmatan mengambil dan menghantar semula kenderaan pelanggan untuk diservis (untuk semua kenderaan Renault, baru dan lama, hanya di Lembah Kelang sahaja).

Promosi tayar dengan diskaun 25 peratus termasuk pengimbangan tayar.

Diskaun 10 peratus untuk pembelian bateri.

Pemanjangan tempoh waranti untuk pelanggan yang tidak dapat menghantar kenderaan ke pusat servis semasa PKP.

 

 

Aplikasi telefon pintar baharu untuk Renault Subscription

TC Euro Cars juga berkongsi fungsi-fungsi pada aplikasi baharu yang akan diperkenalkan untuk pelanggan-pelanggan Renault Subscription mereka nanti.

Fungsi-fungsi utama merangkumi: 

•    Papan Pemuka Kenderaan 
•    Pengesanan Lokasi 
•    Kunci dan Buka
•    Sejarah Perjalanan 
•    Perkongsian Kereta 
•    Peringatan
•    Panggilan Kecemasan 
•    Ketersambungan Bluetooth 

Di bawah ialah video penerangan Renault Subscription.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Di peringkat antarabangsa, Captur berada di dalam generasi kedua selepas diperkenal pada 2019. …
Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Kini terdapat sebuah lagi versi yang diperkenalkan oleh Alpine, iaitu A110 R Turini sebagai sebuah…