Renault, Nissan bakal membentuk satu syarikat baru?

oleh SALINA JALIL|
Dalam bidang automotif, segalanya mungkin.

Menurut Bloomberg, setelah hampir 20 tahun pembentukan Renault-Nissan Alliance, kedua-dua syarikat Renault dan Nissan dilaporkan bakal bergabung membentuk satu syarikat tunggal.

Sumber yang enggan dikenali itu menyebut bahawa penggabungan itu bakal menyaksikan kerjasama di antara dua syarikat pengeluar Perancis dan Jepun itu direalisasikan melalui satu syarikat tunggal. Pengerusi kedua-dua syarikat itu, Carlos Ghosn dikatakan bakal mengetuai syarikat gabungan terbaharu itu

 

Pembentukan syarikat baru itu dilihat wajar selari dengan usaha mereka untuk bersaing dengan gergasi automotif dunia seperti Volkswagen AG dan juga Toyota Motor Corp.

Laporan itu antara lain menyebut Renault dan Nissan bakal menerima pertukaran saham pegangan masing-masing di dalam syarikat baru mereka itu.

Walaubagaimanapun, wakil dari Renault-Nissan Alliance menafikan dakwaan laporan itu dan menyatakan: "ia hanya spekulasi semata-mata, kami tidak mahu melayan dakwaan itu".

Tahun 2017 menyaksikan sebanyak 10.6 juta unit kenderaan di seluruh dunia telah dijual oleh Renault-Nissan Alliance. Sebagai perbandingan, Volkswagen telah menjual 10.7 juta diikuti oleh Toyota sebanyak 10.4 juta kenderaan.

 

 

Sumber: Bloomberg

Penulis muda: Muhamad Hanif

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ya, rekaan lampu berlapis yang aneh itu nampaknya sudah menjadi satu kelaziman di dalam dunia…
Berita Global
Hot hatch pacuan roda hadapan Renault Megane RS Trophy-R telah berjaya menamatkan penguasaan rekod…
Berita Global
Memandangkan Renault Captur sudah lama berada di pasaran, memang sudah tiba masanya untuk pengeluar…