Renault Mégane R.S. baharu bakal didedahkan di Monaco pada Jumaat ini

oleh Muhammad Md Tajudin|
Renault Mégane R.S.
Renault Mégane R.S.
Modenas

Renault Mégane R.S. mula dipasarkan pada tahun 2004. Kereta buatan Perancis itu menawarkan kepada pasaran pelbagai inovasi dan teknologi, dari axis stereng bebas suspensi depan kepada varian casis seperti Sport dan Cup serta pelbagai kelengkapan sporti di antaranya kerusi bucket Recaro, angkup brek Brembo dan monitor R.S.

Mégane R.S. sebenarnya dibina oleh staf di Renault Sport dan mereka bertanggung jawab dalam memberikan inovasi tersebut selain cuba untuk menjelmakan teknologi F1 dalam kereta harian. Dan sehinggi kini, sudah 15 tahun Mégane R.S. berada di pasaran melalui tiga generasi model ikonik.

Sudah sampai masanya Mégane R.S. generasi keempat dilepaskan kepada pasaran umum dan ia bakal didedahkan di Monaco pada Jumaat ini. Menariknya ialah, Mégane R.S. sepatutnya dilancarkan secara rasmi di Pameran Kenderaan Frankfurt, Jerman pada September depan.

Pemandu Pasukan Formula Satu Renault Sport Racing, Nico Hülkenberg diberi pengormatan untuk memandu kereta tersebut pada Jumaat ini. Kereta tersebut akan tampil istimewa dengan jaluran kuning dan hitam bagi meraikan ulang tahun ke 40 Renault dalam Formula 1.

Menambah lagi keterujaan ialah berapakah masa rasmi Mégane R.S. ini di Nurburgring?

Lebih pantas berbanding Honda Civic Type-R yang kini memegang rekod kereta FWD terpantas?

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Megane RS 280 CUP hadir dalam pilihan dua transmisi - 6-kelajuan manual atau Efficient Dual Clutch…
Pelancaran
  Renault MEGANE R.S. serba baharu kini juga lebih berkuasa dengan enjin baharu bersama sistem…
Berita Global
Hot hatch daripada Renault itu menggunakan RS Cup sebagai asas dan dimuatkan dengan limited-slip…