Pencabar Honda Civic Type R tiba - memperkenalkan Renault Megane RS Trophy

oleh Mohamad Hanif|
Disaat Honda sedang menikmati kejayaan demi kejayaan menakluk beberapa litar utama di dunia, pengeluar daripada Perancis kini hadir dengan Renault Megane RS Trophy untuk memberikan Honda sedikit cabaran di litar Nurburgring.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Hot hatch daripada Renault itu menggunakan RS Cup sebagai asas dan dimuatkan dengan limited-slip differential mekanikal digandingkan dengan enjin empat silinder sebaris 1.8 liter yang menghasilkan 296 bhp. 


Lebihan kuasa sebanyak 20 bhp berbanding model terdahulu disumbangkan oleh penggunaan induksi pendesak turbo jenis ceramic bearing yang lebih responsif dan lebih berkesan memberikan kuasa ketika diperlukan.

Kuasa tersebut bakal digandingkan dengan kotak gear manual enam kelajuan ataupun automatik dwi-klac EDC daripada Renault. 

Menurut Renault, Megane RS Trophy ini mampu memecut sepantas 5.7 saat dari pegun sebelum mencapai 100 km/j - kepantasan yang sama dicatatkan oleh Honda Civic Type R - dengan kelajuan maksimum 260 km/j.
 


Sistem brek pada kereta ini turut dipertingkatkan dengan penggunaan cakera berdiameter 355 mm yang dibina menggunakan dua bahan berasingan bagi memberikan daya pemberhentian yang lebih berkesan ketika penggunaan berat di litar. 

Terdapat dua pilihan rim disediakan - Jerez dan Fuji - masing-masing ditawarkan dengan saiz 19 inci serta pilihan tayar dari Bridgestone Potenza S001 dan S007s. 

Kemasan Alcantara pada kerusi jenis bucket Recaro menghiasi ruang dalaman dengan ketinggian kerusi yang direndahkan sebanyak 20 mm untuk menambah baik posisi memandu - titik graviti yang rendah memudahkan pengendalian kereta terutama ketika menyerang selekoh-selekoh.  

Renault Megane RS Trophy bakal dibuka untuk tempahan bermula September ini dengan pengedaran pertama bermula pada penghujung tahun. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Megane RS 280 CUP hadir dalam pilihan dua transmisi - 6-kelajuan manual atau Efficient Dual Clutch…
Pelancaran
  Renault MEGANE R.S. serba baharu kini juga lebih berkuasa dengan enjin baharu bersama sistem…
Berita Global
Dimensi Megane RS telah dipanjangkan daripada model asas hatchback lima pintu dengan kepanjangan 60…