Renault Clio 2024 facelift debut - Reka bentuk muka baru, ada versi Esprit Alpine

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Selepas 4 tahun generasi kelimanya diperkenalkan, Renault mendedahkan rupa bagi Renault Clio 2024 facelift dengan perubahan besar pada reka bentuk muka hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan muka baharu Clio 2024 kini menampilkan lampu hadapan yang lebih nipis bersama jeriji yang lebih lebar dengan rekaan berkotak-kotak.

 

2

 

Rekaan lampu DRL Clio 2024 kini meliputi hampir separuh muka hadapan dimana ia bersambung dari bawah lampu hadapan hingga bahagian bawah bumper, dengan bentuk seakan logo Renault.

Di bahagian belakang, Renault memberikan sedikit penambahbaikan pada lampu belakang dimana ia hadir dengan perumah lampu yang cerah lengkap dengan LED.

 

3

 

Selain rekaan muka hadapan baharu, Clio 2024 ditawarkan dengan 6 pilihan rekaan difuser bergantung kepada jenis trim dan varian, dimana varian tertingginya kini dikenali sebagai Esprit Alpine, menggantikan nama RS Line.

Pada bahagian dalaman, kebanyakannya mengekalkan rupa yang sama, dengan penambahan bahan mampan pada kabin, dimana ia dilengkapi dengan tempat duduk dibalut dengan bahan yang diperbuat daripada organik dan gentian poliester.

 

4

 

Bahagian kabin dilengkapi kluster instrumen digital dengan saiz 7 dan 10 inci mengikut varian, manakala skrin infotainmen pula bersaiz 7 atau 9.3 inci mengikut varian, bersama Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar.

Ia turut terbina bersama-sama dengan navigasi, kamera 360 darjah dan lengkap bersama 20 sistem bantuan pemandu, termasuk kawalan pelayaran adaptif dan pemanduan separa automatik Tahap 2.

 

5

 

Dari segi kuasa, bermula dengan varian terendah ia dikuasakan enjin 1.0 liter 3 silinder NA, dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan yang menghasilkan 65 HP dan 95 Nm.

Pilihan kedua ialah enjin 1.0 liter 3 silinder turbo dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan, menghasilkan 90 HP dan 160 Nm.

 

7

 

Varian tertingginya,  Clio E-Tech Full Hybrid 145 dikuasakan enjin 1.6 liter 4 silinder NA, dipadankan bersama dua motor elektik yang dikuasakan pek bateri litium ion 1.2 kWj menghasilkan 145 HP.

Varian hibrid itu juga dipadankan dengan transmisi tanpa klac dengan dua kelajuan untuk mod EV dan empat kelajuan ketika enjin pembakaran dalaman dihidupkan.

 

8

 

Apa yang menariknya, Clio 2024 akan ditawarkan dengan enjin 3 silinder turbo yang menggunakan gas asli termampat (CNG), dimana ia mampu meliputi lebih 1,000 kilometer dan menawarkan 170 Nm pada 2,000 rpm sambil menghasilkan lapan peratus kurang CO2.

Tidak seperti pengeluar lain, Renault akan terus menawarkan kuasa diesel melalui Clio 2024 yang dikuasakan enjin Blue dCi 100 1.5 liter dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan menghasilkan 100 HP dan 260 Nm.

 

9

 

Baru-baru ini juga, Mitsubishi telah menyiarkan teaser model baharu Colt melalui laman sesawangnya di Eropah, dimana ia bakal menjadi model rebadge kepada Clio 2024.

Apa yang bakal membezakan kedua model itu ialah hanya pada rupa hadapan melalui rekaan jeriji dan logo, sama seperti model Mitsubishi ASX dan Renault Captur yang berkongsi platform CMF-B.

Baca: Mitsubishi Colt 2023