Mitsubishi Colt 2023 bakal dijelmakan semula sebagai kembar Renault Clio

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Setelah sekian lama, Mitsubishi bakal kembali untuk memperkenalkan kereta segmen kompaknya melalui pengenalan semula Mitsubishi Colt.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model baharu itu akan mula diperkenalkan pada 8 Jun dan merupakan model rebadge bagi Renault Clio versi facelift yang akan diperkenalkan kelak, dimana ia turut menampilkan pilihan rangkaian kuasa hibrid.

Mitsubishi baru-baru ini juga telah menyiarkan teaser model baharu Colt melalui laman sesawangnya di Eropah, dimana ia mendedahkan sedikit rupa bahagian belakang bersama logo Colt.

Model hatchback kompak itu sebelum ini telah muncul semula semasa pengumuman Mitsubishi mengenai 16 model pengeluaran baharu menjelang 2025 pada Mac 2023.

2

Sebagai model rebadge, apa yang boleh dijangka pada Mitsubishi Colt baharu itu ialah platform dan kebanyakan panel badannya hampir sama seperti versi facelift Renault Clio.

Apa yang bakal membezakan kedua model itu ialah hanya pada rupa hadapan melalui rekaan jeriji dan logo, sama seperti model Mitsubishi ASX dan Renault Captur yang berkongsi platform CMF-B.

Bagi unit rangkaian kuasa, Mitsubishi telah mengesahkan bahawa Mitsubishi Colt 2023 akan ditawarkan dengan beberapa pilihan.

Ia termasuk pilihan enjin 1.0 liter turbo yang menghasilkan 90 HP, serta pilihan enjin 1.6 liter hibrid yang menghasilkan 143 HP, sama seperti yang ditawarkan pada Renault Clio.

 

3

 

Selain itu, baru-baru ini juga kembar kepada Colt 2023 iaitu Clio 2024 versi facelift telah dikesan sedang diuji bersama stiker penyamaran pada bahagian depan dan belakang.

Versi facelift itu dipercayai akan mempunyai perubahan pada rekaan belakang dan lampu LED baharu bersama penambahan trim.

 

4

 

Pada bulan Mac tahun ini, Mitsubishi telah membuat pengumuman mengenai 16 buah model baharu yang akan dilancarkan dalam jangka masa lima tahun akan datang.

Dalam barisan 16 buah model itu, tiga daripadanya iaitu kei-car Mitsubishi Delica Mini, Mitsubishi ASX, serta XFC Concept telah didedahkan beberapa bulan yang lepas.

 

5

 

Selain daripada model Colt yang dibangun hasil kerjasama dengan Renault, Mitsubishi turut merancang untuk memperkenalkan dua lagi EV menerusi kerjasama dengan Renault.

Baca: 16 Model Baharu Mitsubishi Dalam 5 Tahun

Baca: Mitsubishi XFC Concept

Baca: Mitsubishi ASX 2023

Baca: Mitsubishi Delica Mini 2023

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Rekaan muka baharu Clio 2024 kini menampilkan lampu hadapan yang lebih nipis bersama jeriji yang…