Rempuh bazar Ramadhan - pemandu Hilux mabuk ditahan!

oleh Mohamad Hanif|
Polis menahan seorang pemandu pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux yang dikesan memandu secara melulu, dipercayai di bawah pengaruh alkohol di kawasan tapak peniaga di Bukit Sentosa, dekat Hulu Selangor, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, tindakan suspek berusia 30-an berkenaan turut mengakibatkan dua lelaki cedera di lokasi kejadian.

"Pemandu sudah ditangkap selepas didapati memandu kenderaan secara melulu.

"Polis masih berada di tempat kejadian untuk jalankan siasatan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Terdahulu, beberapa klip video insiden berkenaan tular di media sosial antaranya memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta itu yang dipandu secara melulu.

Kenderaan berkenaan turut dilihat merempuh gerai makanan di lokasi terbabit.

 

Sumber: Berita Harian

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kang Ming Han, 32, yang didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis…
Berita Domestik
  Beliau berkata, kerajaan negeri melantik 800 penghantar makanan atau runner untuk menghantar…
Berita Domestik
  “Mesyuarat hari ini telah meneliti dan mendengar pandangan daripada Kementerian Wilayah…