COVID-19: GanuShop ganti bazar Ramadan di Terengganu

oleh SALINA JALIL|
Kerajaan negeri Terengganu memperkenalkan ‘GanuShop’ untuk penjualan juadah berbuka puasa bagi menggantikan bazar Ramadan yang dilarang beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman, menjelaskan GanuShop diwujudkan selepas mengambil kira pandangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang sebarang perhimpunan sebagai mematuhi PKP sejak 18 Mac lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Beliau berkata, kerajaan negeri melantik 800 penghantar makanan atau runner untuk menghantar juadah berbuka puasa ditempah secara dalam talian.

 

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM150 untuk menanggung elaun ‘bersedia’ kepada setiap runner yang dilantik untuk proses penghantaran juadah dipesan melalui atas talian.

 

“GanuShop yang diwujudkan itu mampu menyelesaikan masalah masyarakat Islam berkumpul untuk mengambil tempahan termasuk melalui kaedah pandu lalu seperti larangan kerajaan, ” katanya.

 

Beliau ditemui selepas mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, melancarkan GanuShop bagi menggantikan bazar Ramadan di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini, semalam.

 

Yang turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU), Ahmad Farhan Abdul Wahab.

 

Mohd Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Putera, menjelaskan selain memperoleh elaun ‘bersedia’ runner itu juga akan mendapat bayaran sebanyak RM2 pada setiap kali penghantaran dilakukan.

 

“Setakat ini seramai 700 peniaga yang pernah menjalankan perniagaan di bazar Ramadan membuat pendaftaran untuk menjual juadah berbuka puasa melalui dalam talian.

 

“Bagi memastikan kebersihan juadah berbuka puasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Jabatan Kesihatan negeri bersetuju melakukan tinjauan dilokasi peniaga menyediakan juadah,” katanya.

 

Mohd Nurkhuzaini berkata, masyarakat hanya dibenarkan membuat tempahan juadah berbuka puasa sebelum jam 12 tengah hari secara dalam talian sebelum proses penghantaran bermula jam 3 petang.

 

Ketika mengulas larangan terbaru kerajaan tidak membenarkan kaedah pandu lalu untuk mengambil tempahan, Mohd Nurkhuzaini menjelaskan, kaedah Ganushop dilaksanakan mematuhi ketetapan itu.

 

“Pengguna tidak perlu ke tempat peniaga untuk mengambil atau membeli juadah, sebaliknya hanya perlu tunggu di rumah kerana runner akan menghantar makanan ditempah dalam talian, ” katanya.

 

 

BH

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Sinar Harian yang memetik Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam,…
Berita Global
Peraturan baharu itu akan berkuatkuasa bermula hari ini (Ahad) seperti yang dimaklumkan oleh Pihak…
Berita Domestik
Menurut presiden Persatuan Peniaga Aksesori Automotif Malaysia, Lim Bee Choo berkata, keadaan itu…