Remaja tiada lesen memandu rempuh kedai serbaneka

oleh SALINA JALIL|
Tertekan tekan pedal minyak menyebabkan van dipandu seorang remaja merempuh dinding cermin kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Batu 6 Lekir di Sitiwan, semalam.


Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, remaja lelaki berusia 18 tahun terbabit baru selesai mengisi minyak sebelum kejadian itu berlaku pada 7.30 malam.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"Remaja lelaki itu dipercayai menghidupkan enjin vannya sebelum tertekan pedal minyak dan gagal mengawal kenderaannya sebelum melanggar dinding premis berkenaan.

 

"Ketika kejadian ada beberapa pelanggan dan pekerja dalam premis berkenaan, namun mereka tidak cedera," katanya ketika dihubungi.

 

Nor Omar berkata, kejadian itu menyebabkan binaan dan cermin dinding di kedai pecah serta rosak.

 

Katanya, semakan juga mendapati remaja lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu dan dikenakan saman atas kesalahan itu.

 

"Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan ke atasnya mendapati remaja itu negatif dadah dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

 

 

Harian Metro

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Semasa diserbu, suspek cuba melanggar anggota menyebabkan tiga das tembakan dilepaskan bagi tujuan…
Berita Domestik
Menurutnya, kemalangan membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori dan sembilan kereta. "…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…