Regulasi semakin ketat, tiba masa untuk ucapkan selamat jalan kepada bau kereta baharu!

oleh Mohamad Hanif|
sekadar hiasan
Siapa yang tidak suka bau kereta baharu, apatah lagi kereta tersebut baharu sahaja keluar dari kilang atau pusat pameran?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Malah, sebuah syarikat di Eropah berjaya menghasilkan wangian menggunakan asas daripada 'bau kereta baharu' dinamakan sebagai Eau De New Car - bukti betapa obsesnya manusia terhadap bauan kimia ini.

Namun, tahukah anda bahawa lapan sebatian organik tidak menentu (VOC) yang membentuk bau kereta baharu - acetaldehyde, acrolein, benzene, ethylbenzene, formaldehyde, styrene, toluene, xylene - sebenarnya mampu mendatangkan kesan alergi kepada manusia?

Menurut laporan daripada Autocar, lapan bahan tersebut dikatakan mampu mendatangkan kesan seperti kerengsaan mata, pening, sesak nafas, keletihan, dan mual.

Benua Asia mencatatkan angka tertinggi disebabkan reaksi terhadap bau VOC itu tadi, malah pada tahun 2005 Kementerian Pengangkutan, Infrastruktur dan Tanah Korea Selatan turut menemukan lebih separuh daripada 800 pemilik kenderaan baharu  menunjukkan simptom yang digelar sebagai 'sick car syndrome'.

Ini mendorong Korea Selatan untuk membentangkan garis panduan terhadap penggunaan bahan VOC itu tadi, termasuklah di Jepun dan Rusia.

 


Bau ruang kabin merupakan antara masalah terbesar yang diadukan oleh para pengguna menerusi kajian JD Power China, menyebabkan China memperkenalkan garis panduan terhadap kualiti udara di dalam kenderaan penumpang, dan bakal menjadi mandatori untuk kelas M1 (kenderaan penumpang sehingga lapan tempat duduk) pada Julai 2021.

United Nations Economic Commission for Europe (UNECE) telah memantau isu ini semenjak November 2014 dan telah mengemaskini garis panduan terhadap kualiti udara di dalam ruang kabin dan pengujiannya pada Jun lalu.

Walaupun tidak diadaptasikan oleh mana-mana negara buat masa ini, ia menawarkan satu rangka kerja untuk kerajaan dalam memperkenalkan regulasi dan mampu mencipta keseragaman untuk pasaran antarabangsa.

Dikenali sebagai Mutual Resolution Three, ia "bakal menggalakkan pengurangan penggunaan bahan kimia yang mampu memberikan kesan kepada manusia, dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan bahan mesra emisi bagi meningkatkan kualiti udara di dalam ruang kabin.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Setiap kali penulis menghadiri majlis pelancaran model-model baharu, itulah bau yang akan dinikmati…
Berita Global
Namun, anda mungkin terpaksa melupakan sifat ketagihan terhadap bau-bauan tersebut disebabkan satu…