Kenali Ryunosuke Ino, pakar bau kereta baharu di Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Siapa yang tidak suka akan bau kereta baharu?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setiap kali penulis menghadiri majlis pelancaran model-model baharu, itulah bau yang akan dinikmati sebelum apa jua kerja merakam gambar dan video dibuat.

Di Jepun, Ryunosuke Ino merupakan seorang pakar bau (atau gelaran Nose of Nissan) di mana beliau bertanggungjawab untuk memeriksa aroma setiap kenderaan baharu yang keluar dari kilang.
 

Ino


Menurut Ino, bau merupakan salah satu faktor yang penting dalam pengalaman perjalanan yang selesa, dan kebanyakan penumpang akan menghidu bau yang paling dekat dengan tempat duduk mereka.

"Jadi, adalah penting bagi kami untuk 'menikmati' setiap bau yang hadir dari semua tempat duduk.
 

Ino


Bukan itu sahaja, hidung Ino juga turut ditugaskan untuk mengesan dari mana arah bau itu muncul dari perspektif seorang pengguna, seperti perehat kepala, papan pemuka, cermin pandang belakang, glovebox, siling, pemegang cawan dan macam-macam tempat lagi.

Sekiranya bau tersebut yang tidak kena dengan standard, pemeriksaan teliti akan dilakukan untuk mengenal pasti punca dan membuat 'pembetulan' yang sewajarnya, seperti menukar bahan yang bersesuaian.
 

Ino


Untuk memastikan hidung Ino mampu bertugas dengan baik dengan deria yang tajam tanpa gangguan, beliau akan memakai uniform bersih yang dibasuh tanpa menggunakan sebarang detergen.

Malah, sehari sebelum pemeriksaan dibuat, Ino akan memastikan beliau tidak memakan makanan yang berbau kuat, seperti bawang putih.