Recall: NHTSA siasat isu panggilan semula model EV Ford Mustang Mach-E

oleh Danial Yasin Suhaimi|
National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) semalam diberitakan sedang menyiasat sama ada kempen panggilan semula melibatkan hampir 49,000 unit Ford Mustang Mach-E telah menyelesaikan isunya atau perlu diteruskan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pada tahun 2022, Ford telah mengumumkan panggilan semula untuk EV Mustang Mach-E yang melibatkan isu penyentuh utama bateri voltan tinggi terlalu panas akibat pengecasan pantas DC.

Bagi mengatasi isu tersebut, Ford telah menggantikan komponen High Voltage Battery Junction Box yang melibatkan model Mustang Mach-E tahun 2021 dan 2022.

Menurut NHTSA, mereka telah membuka pertanyaan kepada 64,000 pemilik Mustang Mach-E berkenaan panggilan semula itu, ia berikutan 12 laporan yang diterima mengenai isu baharu selepas menerima penggantian komponen tersebut.

Antara laporan yang diterima oleh NHTSA, seorang pengadu memaklumkan bahawa Mustang Mach-E miliknya berhenti sepenuhnya di tengah-tengah jalan raya.

Menurutnya ia baharu sahaja selesai dicaj di stesen pengecas pantas DC, dan skrin panel telah mengeluarkan notis "Safely Stop Now".

Satu lagi kejadian melibatkan isu High Voltage Battery Junction Box di mana pengadu berkata tanda amaran "Service Vehicle Soon" dipaparkan, dan kuasa dihadkan pada 30 peratus sahaja.

 

Sumber: Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) memaklumkan, terdapat dalam 3,878…
Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…