Pasukan F1 Scuderia AlphaTauri dijenamakan semula sebagai Visa CashApp RB

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Pasukan Formula 1 kedua Red Bull, Scuderia AlphaTauri baru-baru ini telah dijenamakan semula sebagai RB, atau nama penuhnya Visa CashApp RB di mana Visa dan CashApp selaku penaja utama.

Bemula dengan nama Scuderia Torro Rosso pada tahun 2006, kemudian dijenamakan sebagai Scuderia AlphaTauri bermula tahun 2020, dan kini hanya dikenali sebagai RB.

Perubahan nama itu mencerminkan strategi baharu RB, sebuah sebuah pasukan yang merancang untuk bekerjasama lebih rapat dengan program senior Red Bull Racing pada 2024.

Selepas 18 tahun kepimpinan daripada bos program lama Franz Tost, pengetua baharu, bekas eksekutif Ferrari iaitu Laurent Mekies, memulakan langkah memimpin pasukan baharunya awal bulan ini.

 

2

 

Visa CashApp RB bakal menurunkan Yuki Tsunoda dan pelumba veteran, Daniel Ricciardo untuk musim F1 2024.

Liam Lawson pula kekal sebagai pemandu simpanan pasukan, di mana dia berpotensi untuk menggantikan pemandu pasukan Red Bull semasa pertengahan musim perlumbaan.

Jentera lumba F1 bersama livery pertama di bawah jenama pasukan RB akan didedahkan seawal 8 Februari ini.

 

Sumber: F1

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif BYD, Li Ke, yang menyatakan bahawa perbincangan…
Sukan Bermotor
Langkah ini hadir susulan keputusan Adrian Newey untuk berundur daripada tugas pengurusan hanya…
Sukan Bermotor
Hamilton akui sudah kembali ke prestasi terbaik Menurut juara dunia tujuh kali itu, beliau kini…