Rasmi: Daimler tukar nama ke Mercedes-Benz

oleh HEZERI SAMSURI|
Pengilang kenderaan premium dari Jerman, Daimler hari ini secara rasmi menukar nama syarikat itu kepada Mercedes Benz.

Proses itu menandakan peringkat akhir pemindahan saham-saham yang mengasingkan syarikat itu dari segmen pembuatan kenderaan penumpang mewah dan segmen pembuatan kenderaan berat/komersil.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pengerusinya, Ola Källenius berkata nama rasmi Mercedes Benz Group AG menandakan ia akan memberikan fokus kepada penghasilan kenderaan mewah Mercedes Benz.

Syarikat yang berpengkalan di Stuttgart itu sudah empat kali menukar namanya. Daimer-Benz AG dilancarkan dalam tahun 1926 bila Carl Benz dan Gottlieb Daimler bergabung.

Kemudian ia menjadi Daimler-Chrysler bila Daimler-Benz dan Chrysler bergabung dalam tahun 1998.

Dalam tahun 2007, kedua syarikat itu bercerai dan Daimler cuma menjadi Daimler.

"Penukaran nama ini juga adalah sempena menghormati kedua pengasas syarikat ini dengan menjadi ketua dalam bidang elektromobiliti dan pengisian komputer automotif," terang Källenius.

Disember lalu, Mercedes Benz menerima secara rasmi sijil sistem panduan berotonomi Tahap Ketiga yang membenarkan pemandu untuk "melihat ke arah selain dari jalanraya" dalam beberapa situasi.

Mercedes Benz mensasarkan ia akan mengkomersilkan teknologi itu tahun ini, sebelum Tesla.

Harga saham Mercedes Benz di dalam pasaran global sekarang adalah hampir 75 bilion Euro, 15 bilion lebih tinggi dari BMW tetapi 1/10 dengan Tesla.

Mercedes Benz tetap memiliki 35 peratus saham minoriti di dalam syarikat baharu, Daimler Truck yang telah mula diperniagakan di pasaran saham Frankfurt bulan Disember tahun lalu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Berita Global
  Bampar direka dengan bukaan liang udara yang minimum untuk penyejukan dan bahagian bawah badan…
Berita Global
  Kemewahan kereta ini boleh disaksikan di Muzium Mercedes-Benz di Jerman. Apa yang membuatkan…