Range Rover Sport SVR baharu - 575 hp

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jaguar Land Rover telah melancarkan model Ranger Rover Sport yang diperbaiki (Facelift) dan antaranya iakah model SVR dari unit Special Vehicle Operation mereka.

Antara perubahan luaran yang anda boleh lihat pada Range Rover Sport ialah lampu hadapan yang lebih nipis, gril hadapan yang juga lebih pendek, roda aloi baharu, sirip sisi baharu, bahagian bawah bamper dan di dalam kita boleh melihat tempat duduk yang lebih nipis bagi meluaskan ruang kaki, lebih banyak tempat isian barang, sistem ioniser udara baharu serta moon-roof yang boleh dibuka dan ditutup dengan gerakan tangan sahaja.

Juga baharu ialah skrin sesentuh 10-inci Touch Pro Duo yang modern dan cantik.

Enjin untuk varian SVR pula ialah enjin 5.0 liter supercharged V8 yang memberikan anda 575 hp (tambahan 25 hp dari model sebelumnya) dan tork setinggi 700 Nm.

Pecutan 0 ke 100 kmsj dilakukan dalam masa 4.5 saat dan anda akan terus memecut sehingga kelajuan maksimum 283 kmsj, sahaja.

Untuk SVR juga, hood hadapan ialah dari jenis carbon-fibre, roda aloi 21-inci atau 22-inci dan sistem gantungan yang lebih sporti.

Harga belum lagi ditentukan tetapi pastinya Jaguar Land Rover Malaysia akan membawanya masuk.

Anda sudah boleh mula mengumpul dan memenuhi tabung bentuk bangunan Tabung Haji anda.

SVR

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akhbar Sunday Times melaporkan bahawa model XJ elektrik sepenuhnya akan dilancarkan terlebih dahulu…