Jaguar Land Rover bakal umum bina EV di kilang di UK

oleh HEZERI SAMSURI|
Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi kereta elektrik (EV) pertama Jaguar Land Rover, i-Pace sebenarnya dibina di Austria oleh pengilang kontrak terkemuka, Magna Steyr.

Mungkin atas desakan pelaburnya, Jaguar Land Rover (JLR) bakal mengumumkan model-model EV baharunya kelak akan dibina di kilang mereka di Castle Bromwich di England.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Akhbar Sunday Times melaporkan bahawa model XJ elektrik sepenuhnya akan dilancarkan terlebih dahulu, diikuti dengan dua lagi model EV termasuk sebuah dari genre SUV, dipercayai generasi terbaharu Range Rover.

Syarikat British yang dimiliki oleh India itu telah mengumumkan platform terbaharunya pada 5 Jun lalu.

Platform Modular Longitudinal Architecture (MLA) itu mampu menghasilkan kenderaan elektrik untuk sebuah SUV dan sedan besar dan mewah.

Selain dari EV, MLA boleh juga digunakan untuk kenderaan Plug-In Hybrid dan Mild Hybrid.

EV dari platform itu dijangka mampu mencapai jarak perjalanan sejauh 470 km dari satu caj, dan JLR akan menggunakan komponen-komponen seperti motor elektrik, transmisi dan elektronik yang lain dari rakan teknikalnya, BMW.

Keputusan untuk memasang model EV baharu itu di UK memberikan sinar kepada industri automotif negara tersebut yang dilanda berita-berita buruk seperti pembuangan kakitangan dan penutupan kilang.

* Gambar hiasan ialah sebuah prototaip Evoque baharu yang sedang diuji.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Autocar UK, Jaguar mengesahkan operasi pemasangan Castle Bromwich bagi model yang…
Berita Global
Menurut laporan daripada Autocar, model 'baby Defender' tersebut akan dibina menggunakan platform…
Berita Global
Menerusi pendekatan terbaharu House of Brands itu, JLR mahu memfokuskan kepada empat jenama utama…