Ram mahu kacau pasaran F-150 Raptor dengan Rebel TRX

oleh HEZERI SAMSURI|
Jenama pikap US, Ram yakin ia mempunyai sebuah varian yang bakal menggugat pasaran Ford F-150 Raptor. Raptor ialah trak pikap paling berjaya di pasaran US dan ia menjadi satu legenda. 

Kali ini, Ram akan menampilkan varian Ram Rebel TRX dengan enjin Hellcat 6.2L V8 lengkap dengan supercharger.

Tenaga dianggarkan 707 hp. Tidak banyak fakta diketahui lagi kerana ia sebenarnya masih dalam fasa perangcangan.

Apapun, Ford mampu tersenyum kerana mereka sendiri sudah bersedia. Varian Ranger Raptor mereka pula bakal menggegar dunia di luar US dengan prestasi yang juga sporti.

Ikuti laporan lengkap Ranger Raptor dari Careta bulan hadapan di sesi pandu uji media di Australia.

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pintu itu tetap boleh diturunkan seperti pintu belakang trak pikap biasa. Multifunction…
Berita Global
Menurut laman web Car and Driver, sumber-sumber dalaman mereka memberitahu Ford sudah bercadang…
Berita Global
Pengenalan model terbaharu di dalam armada polis ini merupakan penambahan kepada barisan MPV sedia…