Raja trak pikap, Ford Ranger di Carlist.my DRIVE: Off-road Edition

oleh SALINA JALIL|
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia hari ini mengumumkan penyertaannya di acara Carlist.my DRIVE: Off-road Edition yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 16 hingga 17 November 2019.


Para pengunjung akan dapat merasai pengalaman sepenuhnya keupayaan ‘Built Ford Tough’ Ford Ranger merentasi halangan-halangan laluan 4x4 dan juga pemanduan di jalanraya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Barisan varian Ford Ranger akan turut dipamerkan dan 20 pelanggan pertama yang membuat tempahan semasa acara tersebut akan menerima jaket bomber edisi terhad Ford Ranger Raptor. 


Ford Ranger menawarkan tiga pilihan gabungan kuasa diesel untuk memberikan lebih versatiliti dan memenuhi lebih banyak kehendak para pengguna. Ini termasuklah generasi baharu enjin-enjin 2.0L Bi-Turbo and 2.0L Single-Turbo, dan Duratorg 2.2L yang sememangnya dikenali.


Terdapat secara eksklusif hanya pada Ranger Raptor and WildTrak 4x4 adalah generasi baru enjin diesel 2.0 liter Bi-Turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk memberikan lebih daya kilas, fleksibiliti lebih baik dan pemanduan yang lebih senyap dan selesa.
 

 

 

Diletakkan sebagai penanda aras bagi segmen trak pikap, Ford Ranger menampilkan pelbagai teknologi unggul termasuklah Parkir Selari Separa Automatik (SAPP), sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pintu But Belakang Mudah-Angkat, Amaran Perlanggaran Hadapan, Amaran & Bantuan Keluar Lorong dan Kawalan Kemudi Adaptif.

 

Ranger Raptor pula pikap berprestasi tinggi dilengkapi dengan Sistem Kawalan Permukaan (TMS) dengan enam mod pemanduan pra-set termasuk mod Baja, Sporti, Hujan, Lumpur/Pasir, Batuan dan Normal. 


Pikap berprestasi ini juga dilengkapi dengan suspensi perlumbaan FOX Racing Shox yang dikalibrasi untuk merentasi laluan lasak pada kelajuan tinggi. 


Ford Ranger juga merupakan kenderaan yang paling banyak diberi penganugerahan untuk segmennya dan yang terbaharu adalah ‘Pikap Trak Terbaik’ yang diterima di 2019 CarSifu Editors’ Choice Awards untuk Ford Ranger Raptor. 

 

px 1

 


Ranger turut dinobatkan sebagai ‘Trak Pikap Terbaik 2019’ di Frost & Sullivan Asia Pacific Best Practices Awards, ‘Trak Pikap Terbaik Malaysia 2019’ di Cars of Malaysia Awards, ‘Trak Pikap Terbaik’ di DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) Award 2019 (VOTY).


Pelbagai anugerah pada 2018 termasuk ‘Trak Pikap Terbaik’ di 2018 Malaysia Car Of The Year (COTY), Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik di Carlist.my People’s Choice Awards & Editors’ Choice Award 2018 dan Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 daripada TopGear Chinese. 


Untuk info lanjut tentang Ford, sila layari laman web pelbagai bahasa SDAC https://www.sdacford.com.my/bm/acara-promosi/promosi/promosi-merdeka
 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Ia menggabungkan kemampuan pengembaraan dengan keselesaan yang optimum, selain spesifikasi yang…
Berita Domestik
Ditawarkan dalam 19 unit sahaja, kesemua Ford Ranger Splash didatangkan dalam layangan warna hitam…