Ford Ranger Splash Limited Edition - Chup Dulu di Lazada pada harga serendah RM139!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan festival membeli belah terkemuka dalam talian Lazada 11.11, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) memperkenalkan edisi terhad trak pikap Ford Ranger untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditawarkan dalam 19 unit sahaja, kesemua Ford Ranger Splash didatangkan dalam layangan warna hitam serta tambahan aksesori seperti:

  • bar kangaroo hitam matte
  • rim aloi hitam
  • gril hadapan unik
  • pelindung cermin sisi
  • sports bar
  • fender flare


Menariknya, bagi menambahkan lagi daya tarikan pada Ford Ranger Splash ini, terdapat tambahan aksesori seperti kamera 360 darjah, decals Ranger Splash fluorescent, serta alat pembaca tol terbina dalam.

Ford Ranger Splash Limited Edition ini merupakan trak pikap pertama yang dijual menerusi platform eCommerce manakala untuk melihat dengan lebih dekat, boleh berkunjung ke Pusat Pameran Ford Petaling Jaya 2. 

Untuk menempah, anda perlu menggunakan fungsi Chup Dulu yang terdapat di aplikasi Lazada, dengan deposit serendah RM139, sebelum melakukan check-out dan membayar baki selebihnya (RM1,250) pada 11 November 2019. 
 


Pembeli akan dihubungi oleh wakil dari Ford untuk melengkapkan pembelian di mana-mana pusat pameran yang berdekatan. 

11 pembeli pertama Ford Ranger Splash Limited Edition ini akan menerima Gift Card dari Petronas bernilai RM500 selepas selesai proses penghantaran dibuat. 

Dari segi spesifikasi, Ford Ranger Splash menggunakan asas daripada varian XLT, dengan enjin 2.0 liter turbo tunggal digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, menghasilkan 180 PS dan 420 Nm. 
 


Harga jualan Ford Ranger Splash Limited Edition ini ditawarkan pada harga RM138,888 dan pembelian boleh dibuat bermula 28 Oktober sehingga 10 November ini. 

Harus diingatkan, hanya 19 unit sahaja ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, "Kejayaan pantas hasil kolaborasi…