QJMotor SRK600 kini di Malaysia, dari RM35,888

oleh Mohamad Hanif|
Mforce Bike Holdings selaku pengedar eksklusif jenama QJMotor di Malaysia melancarkan model QJMotor SRK600 untuk pasaran tempatan.

Didatangkan dalam pilihan warna Flaming Red dan Pearl White, SRK600 didatangkan dengan enjin empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 80.5 hp @ 11,000 rpm dan daya kilas 55 Nm @ 8,000 rpm, dipadankan dengan sistem klac Assist & Slipper.
 

QJMOTOR


Menggunakan rangka trellis yang lebih ringan, aspek pengendalian SRK600 ini dibantu oleh penggunaan fork hadapan jenis teleskopik terbaik Marzocchi diikuti dengan lengan ayun dan penyerap hentak KYB di bahagian belakang, sementara sistem brek pula didatangkan dengan angkup Brembo dan ABS dua saluran.

Antara ciri kemudahan moden yang ada pada jentera ini termasuklah sistem pintar tanpa kunci, skrin paparan TFT bersaiz lima inci dengan mod paparan siang, malam atau Auto, serta sistem lampu LED penuh.
 

QJMotor


Kapasiti tangki bahan api SRK600 adalah sebesar 15 liter membolehkan tunggangan jarak jauh tanpa perlu kerap membuat pengisian semula.

Harga jualan QJMotor SRK600 bermula dari RM35,888 dan boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce bermula pertengahan bulan Jun.

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

Berita Berkenaan

Pelancaran
Kesemua model ini boleh didapati di pengedar sah QJMotor di seluruh Malaysia pada awal November…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kemunculan sulung bagi kedua-dua model tersebut di dalam acara perlumbaan motosikal…
Berita Domestik
Menurut laporan rakan media MotoMalaya, skuter yang bakal dibawa masuk secara rasmi oleh MForce itu…