CFMoto 1250 TR-G 2024 kini di Malaysia, 140 hp, 120 Nm, dari RM89 ribu

oleh Mohamad Hanif|
CFMOTO Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan motosikal grand tourer (GT) 1250 TR-G untuk pasaran tempatan.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dengan pelancaran model 1250 TR-G ini, ia mampu memberikan saingan kepada model seperti BMW 1250 RT, Suzuki GSX-1000GT dan Kawasaki GTR 1400.
 

TG-R


Ia dikuasakan oleh nadi V-Twin KTM bersesaran 1,279 cc dengan kuasa setinggi 140 hp @ 8,500 rpm dan daya kilas 120 Nm @ 7,000 rpm, dengan transmisi enam kelajuan yang dipadankan dengan fungsi penukaran gear pantas quickshifter.

Antara ciri yang tersedia termasuklah sistem pencahayaan LED penuh, lampu nyalaan siang DRL LED, pendikit elektronik dengan tiga mod tunggangan (Sport, Comfort, Rain), penghadang angin yang boleh dilaras, sistem pemantauan tekanan tayar, serta sistem bunyi berteknologi tinggi.
 

TG-R


Selain itu, 1250 TR-G turut dilengkapi dengan penyerap hentak Marzocchi boleh laras, sistem brek dwi cakera 320 mm di depan dan cakera tunggal 270 mm di belakang, angkup brek Brembo serta sistem brek anti-kunci (ABS) dua saluran.

Segala informasi penting boleh dibaca menerusi skrin paparan TFT bersaiz 12.3 inci dengan sokongan Bluetooth dan operasi yang mesra pengguna.
 

TG-R


CFMOTO 1250 TR-G versi pemasangan tempatan (CKD) ini dijual pada harga bermula dari RM88,888 atas jalan tanpa insurans dan pendaftaran.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Menggunakan nadi yang diasaskan dari enjin KTM, 800NK dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 799…